Artikel Popular

Saturday, October 20, 2012

Mengapa Kita Tidak Boleh Percaya Orang Politik?

SABTU, 20 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tajuk di atas dipetik daripada The Guardian yang memuatkan dialog  antara Rachel Reeves, daripada Parti Buruh yang juga Ketua Setiausaha Bayangan Perbendaharaan dengan Nick Robinson, manakala Emine Saner sebagai pendengar.  

Rachel yang memulakan dialog itu dengan menyatakan pengalaman  dalam politik pada tahun 2010,  apabila beliau mendengar orang ramai berkata, "semua orang politik adalah sama."  

Sementara Robinson pula menyatakan pengalamannya sejak menjadi wartawan 25 tahun lalu: "Saya melihat krisis  kepercayaan, pertama dalam politik dan kemudian dalam media.  Hal ini merupakan kitaran ganas apabila setiap orang yang terlibat berfikir jika mereka bersusah payah, maka orang lain akan hidup senang.  Justeru, media terpaksa terkam kepada orang politik, orang politik terpaksa terkam kepada media, hanya untuk menjadikan orang lain kelihatan lebih korup berbanding dengan anda.  Siaran akhbar masuk ke dalam peti masuk saya daripada semua parti, tetapi terutamanya dua parti yang besar, menyerkap mana-mana tuduhan.

Jawapan yang paling tepat untuk soalan mengapa kita tidak boleh percaya orang politik, ialah mereka gemar berdusta.  Pendustaan mereka sama naik, tidak kira siapakah mereka, latar belakang pendidikan mereka, dan apakah parti yang diwakili oleh mereka.  Hanya yang mungkin berbeza ialah  darjah pendustaan mereka, seperti yang berlaku dalam kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat sekarang.

Pendustaan orang politik secara berleluasa, pernah didedahkan oleh James Fallows dalam The Atlantic, yang beliau istilahkan "politik pascakepercayaan", apabila  media bersekongkol dengan pendustaan itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...