Artikel Popular

Sunday, October 21, 2012

Jimat-cermat Merantai Ekonomi

AHAD, 21  Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Setelah  terjebak dalam kemelesetan terburuk dalam masa 70 tahun, banyak negara, mungkin kecuali China, masih mencari petua pertumbuhan. Walaupun pertumbuhan menjadi idaman, banyak negara, terutamanya di Eropah, tanpa berlengah melaksanakan jimat-cermat yang membantutkan pertumbuhan, dan dengan itu, terus terjebak dalam kemelesetan curam berganda, meskipun langkah itu ditentang oleh rakyat di negara berkenaan.

William Keegan yang menulis dalam The Guardian, menegaskan bahawa pertumbuhan memang dinanti-nantikan, tetapi jimat-cermat merantai ekonomi, merujuk pemotongan belanjawan yang dilakukan oleh kerajaan British. Meskipun jimat-cermat bukan merupakan faktor kemelesetan,  langkah itu menyebabkan kemelesetan berlanjutan.   Hujah beliau, apabila sektor swasta runtuh seperti sekarang, maka kerajaan mesti bertindak. 

Keegan mengkritik Stephen King dan Bridget Rosewell yang cuba menakut-nakutkan rakyat British  dengan mengatakan bahawa "mengambil kira hutang awam dan swasta," hutang di United Kingdom ialah 250 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).  Daripada kadar ini, hutang sektor awam ialah 80 peratus.  

Keegan juga merujuk Paul Krugman dan Richard Layard yang menegaskan bahawa defisit kerajaan yang besar, seperti yang kita lihat sekarang adalah akibat krisis dan merupakan puncanya.  Krisis itu dicetuskan oeh peminjaman dan pemberian pinjaman sektor swasta secara berlebihan, termasuk oleh berumpilan berlebihan.  Keruntuhan gelembung ini menyebabkan kejatuhan besar dalam output, dan dengan itu, dalam hasil cukai.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...