Artikel Popular

Friday, October 5, 2012

Kuasa Botak

JUMAAT, 5 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Benarkah lelaki botak lebih berkuasa? Mungkin pemimpin kita, tanya  Patrick Barkham,  patut mencukur rambut mereka? Menurut kajian baru, lelaki botak dianggap sebagai lebih maskulin, dominan, dan kuat. 

Sementara kajian yang dipetik oleh The Wall Street Journal menunjukkan bahawa botak boleh menjadi kelebihan perniagaan.  Maka, anda tidak perlu risau jika rambut anda gugur.

Jika kajian itu benar, kemungkinan besar syarikat yang menyediakan perkhidmatan atau mengeluarkan produk untuk mencegah rambut gugur atau merawat botak susah untuk mencari makan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...