Artikel Popular

Monday, October 8, 2012

Makanan Segera Menyebabkan Penjawat Awam Lembap!

ISNIN,  Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Kesan makanan terhadap kanak-kanak seperti kegemukan dan orang dewasa yang memungkinkan mereka mudah diserang penyakit, sering diketengahkan.  Namun, hal ini tidak menghalang, sebaliknya menggalakkan orang ramai berkunjung ke restoran makanan segera, dari pagi ke tengah hari, dan ke tengah malam.  

Kalau kita berkunjung ke restoran, pastinya kita sering bersua dengan orang dewasa, remaja, dan kanak-kanak yangbersama-sama penjaga mereka yang berkunjung ke situ.  Tidak kurang juga murid sekolah yang bukan sekadar menjamu selera, tetapi membincangkan pelajaran sesama mereka.

Melalui makalahnya dalam The Observer pada hari Ahad, David Mitchell memetik kajian yang menunjukkan bahawa makanan segera merendahkan IQ rakyat British sehingga mereka terjebak dalam kebodohan.  Beliau memetik berita tiga orang pegawai Jabatan Pengangkutan yang digantung tugas kerana silap matematik apabila menganugerahkan kontrak baru laluan utama pantai barat.  Pada hari yang sama, hujah Mitchell, kajian diterbitkan yang menegaskkan untuk menunjukkan kaitan antara makan terlalu banyak makanan segera semasa kanak-kanak dengan membesar bersama-sama IQ yang rendah.

"Saya benar-bena tidak faham apakah yang menyebabkan penjawat awam silap, tetapi dahulu saya makan banyak ikan dan kentang goreng pada lewat tahun 1970-an," tulis Mitchell.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...