Artikel Popular

Saturday, October 6, 2012

Jimat-cermat Memburukkan Lagi Krisis Greece

SABTU, 6 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Seperti yang sering diperkatakan dan diketahui umum, langkah jimat-cermat yang dilaksanakan di Greece dan beberapa buah negara Eropah, memburukkan lagi krisis negara berkenaan.  Greece atas desakan troika, iaitu Kesatuan Eropah, Bank Pusat Eropah (ECB), dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terpaksa memotong seberapa banyak perbelanjaan, kalau tidak, negara itu tidak akan merasa pelan penyelamat kedua yang telah pun diluluskan, tanpa mempedulikan kesengsaraan dan kemarahan rakyat.

Justeru, apabila Institut Kewangan Antarabangsa, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, menyatakan bahawa jimat-cermat semakin menjahanamkan Greece, sesungguhnya, hal itu tidak memeranjatkan sama sekali. Keinginan ahli politik untuk mengurangkan hutang menyebabkan pertumbuhan terbantut.

Greece, seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Antonis Samaras, tanpa bantuan kewangan  segera, nescaya akan runtuh dan masyarakatnya berkecai.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...