Artikel Popular

Thursday, October 18, 2012

Kaki Wanita Membesar, Relakah Lelaki?

KHAMIS, 18 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Bagi sesetengah orang, baik lelaki mahupun wanita, saiz penting. 

Namun, bagaimana saiz kaki yang semakin membesar, yang menurut Sorcha Pollak, berita buruk bahawa bukan kerana kasut semakin kecil.  Beliau memetik laporan baru National Shoe Retailers Association, yang menyatakan kaki wanita purata kembang sebanyak lebih besar daripada saiz sepanjang tiga dekad lalu.

Badan manusia, jelas Sorcha, berkembang secara konstan, dan oleh sebab pemakanan untuk orang di dunia Barat meningkat, maka demikian juga saiz badan.  Pada permulaan abad ke-20, purata wanita memakai kasut saiz 3.5 atau empat.  Kemudian meningkat kepada saiz 5.5 pada tahun 1940-an hingga 1960-an.  Pada tahun 1970-an, kaki wanita purata ialah 7.5, dan kini, iaitu 40 tahun kemudian, terlalu lazim saiz kaki untuk wanita Amerika adalah antara 8.5 dengan sembilan.

Kaki wanita yang semakin membesar bukan sahaja berlaku di Amerika, jelas Sorcha, tetapi turut dialami oleh wanita British, memetik Daily Mail.

Mungkin sebilangan wanita tidak berasa gembira kerana kaki mereka semakin besar, namun yang tidak kurang penting ialah bagaimana sikap lelaki terhadap hal seperti ini.  Adakah kaki wanita yang besar merupakan satu daya tarikan atau mematikan "stim" lelaki?


1 comment:

  1. Ugly....jangan kecuali terpaksa, seperti di Giligan Island

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...