Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Persidangan tentang Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), seperti yang dilaporkan oleh The Gurdian, menggesa agar sistem kewangan global dibaik pulih demi kepentingan negara membangun.
Dalam laporan terbaharunya itu, UNCTAD yang terkenal dengan pendirian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, menegaskan bahawa liberalisasi dan pembatalan kawal selia yang tidak menguntungkan negara membangun. Dengan pendirian itu, UNCTAD secara terang-terang menolak dogma Konsensus Washington dan neoliberalisme yang pernah menjelajah dunia pada suatu ketika.
Laporan Development-led Globalization: Towards Sustainable and Inclusive Development Paths, sepatunya menyedarkan banyak pihak di negara kita, terutamanya pemimpin, ahli politik, penggubal dasar, ahli ekonomi, dan cerdik pandai yang terlalu taksub terhadap liberalisasi dan pembatalan kawal selia akan keburukan kedua-duanya itu (termasuk penswastaan).
Sebenarnya, apa yang mereka perjuangkan dan laungkan itu, hanya idea usang yang ditolak oleh banyak negara di dunia, seperti yang dapat dilihat dengan kebangkitan yang menakjubkan negara kapitalisme yang kian menenggelamkan pasaran bebas.
No comments:
Post a Comment