Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Setelah hampir dua tahun bergelut dengan krisis hutang dan pelan penyelamat 110 bilion euro atau AS$140 bilion masih tidak memadai, kini muncul desakan supaya sandiwara Greece ditamatkan. Oleh sebab krisis Greece tidak mudah mencari jalan keluar dan menyusahkan Kesatuan Eropah, maka dicadangkan supaya negara itu meninggalkan zon euro dan bertindak mungkir terhadap hutang yang ditanggungnya. Wujud juga cadangan supaya masalah negara itu diselesaikan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan bukannya dipertanggungjawabkan terhadap Kesatuan Eropah dan negara-negara lain yang dalam sakunya, seperti Jerman.
"Selamat tinggal Greece" tulis George Irvin, dan "Canselor Jerman, Angela Merkel akan mendesak Greece keluar dari zon euro." Jerman diperhatikan keberatan menerajuii usaha untuk menarik keluar zon euro daripada kemelut yang panjang ini. Atau seperti yang dicatatkan oleh Timothy Garton Ash, Jerman sepatutnya lebih menunjukkan kepimpinan ekonomi dan politik.
Stefan Kaiser yang menulis dalam Spiegel Online International semalam, mencadangkan Greece dibiarkan muflis setelah begitu lama "menyusahkan orang." Di sini kebenaran, tulis Kaiser, "jika Greece berkekalan mengurangkan gunung hutang, pada takat tertentu, mampu meminjam wang daripada pasaran modal semula, maka negara itu memerlukan 'bergunting rambut' hutang. Dengan kata lain, negara perlu jatuh muflis." Bahkan, ada yang mengesyorkan Greece mungkir dan zon euro dibubarkan.
Stefan Kaiser yang menulis dalam Spiegel Online International semalam, mencadangkan Greece dibiarkan muflis setelah begitu lama "menyusahkan orang." Di sini kebenaran, tulis Kaiser, "jika Greece berkekalan mengurangkan gunung hutang, pada takat tertentu, mampu meminjam wang daripada pasaran modal semula, maka negara itu memerlukan 'bergunting rambut' hutang. Dengan kata lain, negara perlu jatuh muflis." Bahkan, ada yang mengesyorkan Greece mungkir dan zon euro dibubarkan.
Sementara Joseph Stiglitz menyalahkan Bank Pusat Eropah (ECB) yang menyebabkan hutang Greece menjadi susah kerana mengutamakan kepentingan sebilangan bank yang menulis pertukaran kemungkiran kredit (CDS) berbanding dengan Greece, pembayar cukai Eropah, dan pemiutang, Paul Krugman, seperti lazim, menyalahkan langkah jimat-cermat yang membawa malapetaka terhadap Eropah. Selain itu, masalah yang mendasari Eropah ialah ekonomi sebenar, tetapi keseluruhan usaha ditumpukan untuk menyelesaikan krisis hutang.
Bagi Greece, krisis hutang menyebabkan negara itu seakan-akan hilang segala-galanya: hilang maruah kerana terpaksa memohon bantuan luar, baik daripada Kesatuan Eropah mahupun IMF; hilang kedaulatan kerana terpaksa mengikut telunjuk Brussels dan Berlin; hilang demokrasi kerana terpaksa memberikan laluan kepada teknokrasi; dan hilang sokongan rakyat akibat pelaksanaan langkah jimat-cermat yang membawa kerosakan, seperti yang diperingatkan oleh IMF. Bahkan, apabila sebuah demi sebuah negara di zon euro terkena jangkitan krisis serta Eropah pula diancam kemelesetan curam berganda, maka angkaranya Greece yang sering dipersalahkan.
Sejak melaksanakan jimat-cermat, Athens terpaksa berhadapan dengan tentangan rakyat yang tanpa kesudahannya. Tatkala terus bergelut dengan krisis hutang dan pelan penyelamat kedua masih tidak kunjung tiba, kini Greece dicengkam oleh mogok umum yang menentang pemotongan upah, pencen, dan perbelanjaan awam. Athens yang terlepas tarikh akhir untuk mendapatkan pakej pelan penyelamat kedua yang bernilai 130 bilion euro (AS$172 bilion), pada masa yang sama, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, bergelut dengan pertikaian politik.
Memohon pakej pelan penyelamat, melaksanakan jimat-cermat, menukar pemimpin, namun ekonomi Greece terus runtuh. Masa semakin suntuk untuk menyelamatkan negara itu, pilihan yang terbuka luas ialah muflis dan meninggalkan zon mata wang bersama itu. Akibat pemotongan demi pemotongan yang dilakukan, Greece yang kini tidak ada lagi apa yang hendak dipotongkan terpaksa menghadapi pertikaian yang panjang dengan pekerja.
No comments:
Post a Comment