Artikel Popular

Thursday, February 16, 2012

Menguasai Bahasa Asing dengan Mudah

KHAMIS,  16  Februari 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Lazimnya, untuk menguasai bahasa asing bukan suatu perkara yang mudah.  Selain memerlukan masa yang lama, juga menuntut komitmen yang tinggi pada diri seseorang.  Bahkan,   di Malaysia misalnya, memerlukan perubahan dasar, antaranya kelonggaran untuk universiti awam menggunakan bahasa Inggeris untuk kursus sains dan teknologi sejak tahun 1993, kemudian melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak tahun 2003.  Akan tetapi, hasinya tidak seberapa, bahkan bertambah teruk. 

Hari ini, Enjoli Liston menulis dalam The Independent, "mampukah anda menguasai bahasa pada hujung minggu?"  Banyak orang mengatakan bahawa diri mereka mempunyai "memori yang teruk," tetapi tulis Liston, Ed Cooke, iaitu Grand Master of Memory  yang dapat belajar nombor digit 1000 dalam masa satu jam.

Liston mencatatkan bahawa Cooke mencabar beliau supaya menggunakan Memrise untuk mempelajarai 100 huruf Cina Mandarin bahasa yang beliau tidak tahu apa-apa, sepanjang satu hujung minggu.  Liston menyahut cabaran itu dengan diam-diam menyedari bahawa beliau akan gagal.  Liston memulakan cabarannya dengan "menyemai benih" perbendaharaan kata Mandarin dalam "taman memorinya.  Perkataan pertama ialaha simbol Mandarin untuk "mulut." Beliau menjelaskan apabila "saya 'membesarkan' 'benih' saya sepanjang hujung minggu, saya terperanjat bagaimana mudahnya saya mengingatinya."

Jelas beliau, "Saya hanya berjaya 82 huruf Cina pada hujung minggu, tetapi masih berganda daripada apa yang saya jangkakan memori saya sanggupi."  Kini, beliau berusaha untuk belajar 250 huruf Cina dalam seminggu.  Hal ini bermakna bahawa beliau akan mampu membaca menu dalam Mandarin tanpa menghabiskan berminggu-minggu, dan kekayaan pada kelas bahasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...