Artikel Popular

Thursday, February 16, 2012

Negara Paling Gembira Kota Paling Mahal

KHAMIS,  16  Februari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tidak memeranjatkan bahawa Norway diisytiharkan negara paling gembira di dunia.  Juga tidak memeranjatkan negara yang paling tidak gembira ialah Republik Congo Demokratik.  Norway tergolong dalam 10 buah negara yang paling gembira, diikuti oleh Australia, Belanda, Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada, Ireland, Liechtenstein, Jerman, dan Sweden. 

Sementara 10 buah negara yang terkebawah bersama-sama Congo ialah Niger, Burundi, Mozambique, Chad, Liberia, Burkina Faso, Sierra Leon, Republika Afrika Tengah, dan Guinea.

United Nations Human Development Index 2011 mengukur kegembiraan di negara yang berbeza berasaskan faktor, seperti pendapatan, pendidikan, kesihatan, jangkaan hayat, ekonomi, kesamaan gender, dan kemapanan. Untuk lebih tepat, ukuran indeks tersebut itu  mengukur kualiti hidup yang melampau pendapatan, dengan memasukkan ukuran asas, seperti pendidikan dan kesihatan. 

Sementara itu, The Economist melalui carta hariannya, menyenaraikan kota yang paling mahal di dunia untuk didiami, berdasarkan indeks kos sara hidup.  Mendahului senarai daripada  131 buah kota itu ialah  Zurich, disusuli oleh Tokyo, Oslo, Paris, Sydney, Singapura, Frankfurt, dan London.  Kota di negara membangun turut tergolong dalam senarai kos sara hidup yang tinggi, seperti Sao Paulo, Shanghai, Johannesburg, Beunos Aires, Mumbai, dan Karachi. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...