Artikel Popular

Wednesday, February 22, 2012

Harga Minyak Naik

RABU,  22 Februari 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Sebelum Kesatuan Eropah melaksanakan keputusan yang diambil, iaitu menyekat import minyak Iran, tetapi tanpa perlu menunggu, Iran sendiri bertindak menghentikan eksport minyaknya kepada syarikat British    dan Perancis.  Berikutan keputusan Kesatuan Eropah yang dibuat pada bulan Januari lalu, sepatutnya sekatan import itu berkuasa mulai 1 Julai ini. 


Namun, dikatakan bahawa tindakan itu berkemungkinan mempunyai sedikit impak langsung terhadap bekalan Eropah.  Walau bagaimanapun, sehari selepas itu, harga minyak meningkat mengatasi AS$120 setong pada Isnin lalu

Seterusnya, pada hari Selasa semalam, The Telegraph, harga minyak meningkat, tertinggi dalam masa lapan kerana ketakutan perangan Israel-Iran.  Ketegangan dengan Iran menyebabkan harga meningkat kepada AS$121 setong, dan wujud kebimbangan boleh mencecah AS$150 setong sebelum akhir tahun ini.  

Sekatan terhadap Iran mendorong kenaikan harga komoditi itu. Pada akhir Januari lalu, dilaporkan bahawa  Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)  menjangkakan sekatan terhadap Iran boleh menyebabkan harga minyak meningkat kepada AS$140 setong, meningkat sebanyak 30 peratus. 

Niall Ferguson melalui kolumnya, pernah mendakwa negara Eropah yang Teheran ugut dengan sekatan eksport minyak, iaitu Perancis, Greece, Italy, Belanda, Portugal, dan Sepanyol, dengan empat daripada enam buah negara itu dikenali dengan PIIGS - kelab negara zon euro yang menanggung defisit yang tinggi. 

Apa-apa pun, dalam menghadapi Kesatuan Eropah, sesungguhnya Iran memperlihatkan kejantanannya, iaitu bertindak tegas tanpa menunggu pelaksanaan sekatan oleh Kesatuan Eropah.  Dari segi ini, Iran tidak bertindak seperti "pengemis" - memohon belas kasihan  Kesatuan Eropah, sebaliknya bertindak mencari pembeli lain untuk menawarkan bekalan minyaknya, antaranya India. Sebenarnya,  Iran memberikan isyarat yang jelas kepada Kesatuan Eropah, "jika kamu tak sudi, aku pun tak ingin."  

Bagi beberapa negara Eropah yang masih bergelut dengan krisis hutang dan pemulihan yang lemah, "serangan" minyak Iran itu mendalamkan lagi luka yang belum sembuh. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...