Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Carta harian The Economist mengetengahkan krisis kewangan yang berlaku pada tahun 2008 dengan apa yang pernah dialami oleh Jepun pada tahun 1990-an dan masih dipetik secara meluas: dekad yang hilang. Dengan tujuh petunjuk yang merangkumi output ekonomi, kekayaan, dan pasaran buruh, Amerika Syarikat mengalami dekad yang hilang kira-kira 10 tahun lalu. Misalnya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap orang yang mencecah tahap tertinggi jika dibandingkan dengan sekarang ialah pada tahun 2005, dan indeks pasaran saham utamanya adalah tinggi pada tahun 1999.
Dalam kalangan negara yang diperhatikan, Greece adalah paling teruk. Dari segi ekonomi, negara itu hanya memasuki alaf baru semula. Secara keseluruhan, dunia kaya menerima pukulan teruk akibat krisis kewangan. Hanya enam daripada 34 buah ekonomi "maju" yang dikategorikan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mempunyai KDNK setiap orang lebih tinggi pada tahun 2011 berbanding dengan tahun 2007, yang paling ketara ialah Jerman dan Australia.
No comments:
Post a Comment