Artikel Popular

Thursday, February 16, 2012

Kepelbagaian Bahasa

KHAMIS,  16  Februari  2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH


Carta harian The Economist  memaklumkan kepelbagaian bahasa di seluruh dunia.  Meskipun penduduk  sesebuah negara kelihatan satu bahasa, hakikatnya jika diperhatikan, banyak bahasa yang dipertuturkan.  

Walaupun idea bahawa bahasa Inggeris dituturkan di Amerika,  bahasa Cina di China, dan bahasa Rusia di Rusia, kebanyakan dunia jauh lebih berbeza daripada kehadiran bahasa kebangsaan yang besar.  Bahkan, menurut carta itu, adalah sukar untuk menemui negara ekabahasa. 

Carta itu juga mengukur kepelbagaian bahasa dalam dua cara yang berbeza, iaitu bilangan bahasa yang dituturkan di sesebuah negara dan indeks kepelbagaian Greenberg yang mencatatkan negara pada kebarangkalian bahawa dua orang warganegara akan berkongsi bahasa ibunda.   Amerika, Rusia, Brazil, China, dan Mexico, setiap satu  mempunyai lebih 100 bahasa, tetapi mencatatkan secara relatifnya rendah pada indeks kepelbagaian kerana bahasa Inggeris, bahasa Rusia, bahasa Portugis, bahasa Cina, dan bahasa Sepanyol berkembang pada takat bahasa berkenaan mengancam untuk memusnahkan banyak bahasa peribumi yang sangat kecil.   Sebaliknya, permusuhan bahasa dan kemiskinan relatif memastikan bahasa tunggal daripada menguasai negara, seperti India dan Nigeria, yang mencatatkan indeks kepelbagaian yang tinggi. 


Negara yang menduduki senarai tertinggi dalam carta ialah Papua New Guinea, diikuti oleh Congo, India, Afrika Selatan, Nigeria, dan dua buah negara kepulauan di Asia Tenggara, iaitu Filipina dan Indonesia. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...