Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Ekonomi yang sedang muncul, iaitu BRIC (Brazil, Rusia, India, dan China) sering mendapat perhatian, dan dikatakan sebagai orde dunia baru. Ketika berlaku kemelesetan global pada tahun 2008-2009, beberapa negara BRIC, iaitu China dan India dapat bertahan dan mencatatkan pertumbuhan. Baru-baru ini, BRIC sekali lagi mendapat perhatian kerana dua daripadanya, iaitu Rusia dan China memvetokan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung dengan perubahan rejim di Syria, meskipun Brazil menyokong resolusi itu.
Berikutan ketegangan yang semakin menjadi-jadi antara Amerika Syarikat dengan Iran, sekurang-kurangnyanya, sebuah negara BRIC, iaitu China dijangkakan mendapat faedah kerana negara itu dapat membeli minyak Iran dengan harga yang murah. Apabila Amerika Syarikat keluar dari Iraq dengan kekalahan dan menuju ke Pasifik dengan harapan adalah kerana di rantau ini wujud kuasa ekonomi global, iaitu China dan India (termasuk Jepun). Yang tidak kurang menarik, persaingan antara dua buah negara BRIC di rantau ini, iaitu India dengan China, seperti yang dilaporkan oleh The Economist dalam keluaran terbaharu.
Namun begitu, seperti yang dibahaskan oleh Heather Horn dalam The Atlantic, kebangkitan BRIC adalah jenis yang sangat berbeza dari segi anjakan kuasa global jika dibandingkan dengan apabila, misalnya Perancis, Britain, dan Jerman bersaing sepanjang beberapa abad lalu, atau dominan beranjak dari Britain kuasi-hegemoni ke Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, dan akhirnya ke Amerika Syarikat. Kuasa Barat ini tidak menikmati keuntungan yang sama daripada perubahan Revolusi Perindustrian, tetapi kesemua negara itu dan leluhur mereka adalah lebih kurang pemenang dalam pergolakan ekonomi pada abad ke-18 dan ke-19.
Negara tersebut, jelas Heather lagi, muncul dari tempoh bebas dan bersatu dari segi politik, di samping dari segi perindustrian jauh di hadapan pada jalur yang luas terbentang di dunia. Apa yang kebangkitan BRIC lambangkan kepada kedua-duanya, iaitu individu yang berasa panik di Barat dan individu yang berasa optimistik di tempat-tempat lain ialah anjakan radikal dari segi geografi kuasa, iaitu mengikuti atau kebalikan dominan global Barat yang diwujudkan dengan Revolusi Perindustrian.
Ringkasnya, tegas Heather, "Revolusi Perindustrian telah berakhir. Kini, bahagian sukar yang bermakna semua kita, bukan hanya BRIC perlu mencari jalan keluar baru."
Cabaran yang mendepani BRIC, hujah beliau, adalah untuk faham bagaimana untuk mengekalkan pertumbuhan di dunia yang sempadan baru yang luas terbentang yang dibuka oleh Revolusi Perindustrian kelitahan sedang ditutup. BRIC dapat memainkan memainkan permainan Barat lebih baik daripada Barat, kedua-duanya menerusia inovasi teknologi dan pertumbuhan penduduk, tetapi untuk masa yang begitu panjang. Seluruh dunia perlu faham cara berurusan dengan tenaga dan pertanian.
The Atlantic juga menerbitkan laporan khas "The Next Global Economies: BRICs and Beyond."
No comments:
Post a Comment