Artikel Popular

Monday, February 13, 2012

Berita Hangat dalam "The Independent"

ISNIN,  13  Februari 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Bagi sesiapa yang melayari   The Independent, pastinya mereka bersua dengan senarai berita yang paling dilihat.  Mendahului senarai ialah skandal penggodaman telefon yang melibatkan empayar media Rupert Murdoch yang tersenarai dua teratas.  

Namun, yang menarik ialah bahawa daripada tujuh berita itu, dua adalah berkaitan dengan Malaysia.  Pertama, permohonan maaf BBC kepada kira-kira 74 juta penonton di seluruh dunia berhubung dengan penyiaran dokumentari yang dibikin oleh syarikat televisyen di London yang memperoleh berjuta-juta paun daripada FBC Media (UK) yang senarai pelanggan perhubungan awam, termasuk kerajaan asing dan syarikat multinasional. Syarikat tersebut  membikin lapan program  untuk BBC tentang Malaysia, tetapi tidak mengisytiharkan syarikat itu dibayar 17 juta paun oleh kerajaan Malaysia untuk "komunikasi strategik global."  Program  itu termasuk liputan positif industri kelapa sawit Malaysia yang kontroversi. 

Yang kedua, ialah penghantaran pulang Hamza Kashgari ke Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia, tanpa mempedulikan rayuan kumpulan hak asasi manusia. Peguam Kashgari dilaporkan memperoleh perintah mahkamah untuk menghalang dia daripada dihantar pulang, tetapi diberitahu bahawa kolumnis yang menghina Nabi Muhammad itu telah pun diserahkan kepada polis Arab Saudi yang mengiringya pulang dengan menaiki pesawat peribadi. 

Pastinya, berita pertama yang mengaibkan Malaysia di mata dunia kerana kerajaan pimpinan Najib Razak menggunakan sejumlah besar wang untuk menggambarkan sesuatu yang kononnya elok.  Dan, sekali lagi, Najib Razak memperlihatkan kedangkalannya dan menganggap wang boleh membeli segala-galanya, dengan itu, membelanjakan wang pembayar cukai dengan sesuka hati!  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...