Artikel Popular

Tuesday, March 15, 2011

Greenspan Persalahkan Aktivisme Kerajaan

SELASA,  15 Mac 2011

Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Clifford  Marks menulis dalam National Journal “Greenspan’s Flimsy Explanation for a Tepid Recovery” menyatakan bahawa bekas Pengerusi Rizab Persekutuan, Alan Greenspan,  berbekalkan carta dan data, merasa-rasa punca utama pemulihan yang lembap ialah aktivisme kerajaan.  Bukankah bahawa sistem kewangan yang muncul dalam senyap-senyap memusnahkan dirinya, atau bahawa kemelesetan adalah yang terburuk sejak Kemelesetan Besar, atau isi rumah Amerika menanggung sengsara pukulan yang besar terhadap kekayaan mereka sebagaimana sejumlah bahagian rakyat Amerika yang hampir bersara.

Greenspan yang akan mempertahankan kertasnya pada hari ini di Council on Foreign Relations, memberikan jawapannya tidak.  “Saya menyimpulkan bahawa aktivisme kerajaan adalah menggendalakan apakah sepatutnya pemulihan ekonomi asas luas.

Pada pagi 23 Oktober 2008, ketika jatuh bebas berleluasa, Alan Greenspan memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Dewan tentang Pengawasan dan Pembaharuan Kerajaan, dihujani oleh pertanyaan demi pertanyaan anggota Kongres, Henry Waxman, pengerusi jawatankuasa itu.  Di hadapan mereka, Greenspan mengakui – yang dipetik mendapat liputan luas, “Saya silap tentang ekonomi” – kesilapan tentang kawal selia.  Beliau mengakui bahawa krisis kewangan global mendedahkan “kesilapan” dalam ideologi pasaran bebas yang menjadi pegangannya selama 18 tahun menerajui dasar monetary Amerika Syarikat.  Setelah sekian lama memperjuangkan pembatalan kawal selia, belia mengakui di hadapan jawatakuasa  itu bahawa beliau “silap sebahagiannya” dari segi pendekatan lepas tangan terhadap industri perbankan dan bahawa kerkah kredit meletakkan beliau dalam keadaan terkejut tidak percaya.

“Saya dapati silap,” Greenspan merujuk falsafah ekonominya.  “Saya tidak tahu bagaimana signifikannya atau kekalnya krisis ini.  Tetapi, saya berasa tertekan terhadap apa yang berlaku.”

Di hadapan jawatankuasa itu, Waxman bertanya Greenspan, sama ada beliau merasakan apa-apa tanggungjawab peribadi tentang apa yang berlaku.  Greenspan tidak menjawabnya secara terus terang, lalu Waxman merujuk notanya semula dan membacanya:  “Saya mempunyai ideologi.  Pertimbangan saya pasaran bebas, berdaya saing adalah setakat ini cara yang tidak tolok bandingnya untuk mengatur ekonomi.”  Greenspan mengakui bahawa beliau pernah berkata demikian.

“Saya buat silap,” tetapi belum habis beliau memberikan jawapan, Waxman mencelah, “Dalam kata lain, kami dapati pandangan kamu tentang dunia, tentang ideologi kamu tidak betul.  Adakah tidak berfungsi? “Tepat,” jawab Greenspan.

Lebih dua tahun  kemudian, Greenspan ingin memperkenalkan teori barunya yang menurut Clifford Marks, kesimpulan analisis objektif empirikal tidak dapat dielakkan, tetapi hujah beliau “memeranjatkan selekeh dan lebih berasaskan ideologi  berbanding dengan statistik.”  Hujah Marks, “oleh sebab tidak ada mana-mana penjelasan yang lebih baik, apalagi yang boleh, kecuali ‘aktivisme kerajaan’.”

Marks pergi lebih jauh dengan  berhujah, “penjelasan teoritikal beliau adalah tidak terkira banyaknya:  pencemaran moral berikutan pelan penyelamat besar-besaran, kawal selia kewangan, hutang kerajaan yang membanjiri pelaburan swasta.”  Bagi Marks, angka yang dikemukakan oleh Greenspan tidak membuktikan beliau (Greenspan) silap, tetapi tidak juga membuktikan beliau betul.

Setelah mengkritik teori baru Alan Greenspan dengan panjang  lebar, Mark merumuskan bahawa bekas Pengerusi Rizab Persekutuan  “menganjurkan semula prinsip pasaran bebas.”  Ideologi yang mencampakkan dunia dalam krisis kewangan yang teruk dan kemelesetan terburuk sejak Kemelesetan Besar. 

Selepas menunjukkan kedaifannya di hadapan jawatankuasa yang dinyatakan di atas, kini Greenspan ingin berkokok semula.  Jangan terperanjat ideologi itu akan diterima secara meluas bukan kerana kebaikan atau kelebihannya, tetapi kerana manusia biasanya mempunya memori yang singkat.   

Kini,  banyak negara berlumba-lumba melaksanakan jimat cermat, meskipun pemulihan belum stabil, dan mula meninggalkan Keynesian.  Maka, inilah masa sesuai untuk Greenspan untuk kembali di tengah pentas.

Seandainya dunia mengikuti  the maestro and the meltdown ini, maka boleh dijangkakan apakah yang mendepani: malapetaka berulang lagi.   Bak kata sejarawan Eric Hobsbawm, “sosialis krisis, kapitalis muflis” – inilah yang akan diberikan oleh Greenspan, iaitu muflis.  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...