SELASA, 22 Mac 2011
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Ketika membaca laporan berita dan komen tentang campur tangan Amerika dan sekutunya dalam perang saudara di Libya, saya sekali-sekala melihat facebook tentang penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan pita video yang melibatkan beliau. Tulisan yang masuk ke dalam facebook itu kebanyakan datangnya daripada penyokong beliau. Memang saya akui bahawa saya agak ketinggalan dalam mengikuti hal-hal seperti itu kerana masa terlalu mahal untuk saya mengikutinya. Dalam erti kata lain, bukan keutamaan.
Namun, pada malamnya saya mendapat kepastian melalui Internet daripada akhbar arus perdana yang memberikan liputan tentang tayangan pita video itu. Pada malam itu facebook boleh dikatakan sarat dengan kisah seks itu. Saya yang menyertai salah satu “sembang” yang ada kalanya berbaur kemarahan dan emosi: fitnah. Antara hujah saya, bahawa “fitnah wujud kerana adanya pelanggan setia. Kini, fitnah berleluasa dalam dunia politik. Jadi, orang politik tidak perlu banyak berfikir tentang dasar awam, dasar nasional. Untuk berlaku adil, fitnah melibatkan kedua-dua pihak.”
Jika pada hari Isnin berita utama akhbar ialah serangan terhadap Libya, liputan hari Selasa ialah pertuduhan dan penafian tentang kandungan pita video itu. Saya yakin bahawa dalam serang menyerang itu, fitnah akan semakin menjadi-jadi. Hal ini tidak menghairankan kerana seperti yang pernah dinyatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini, pembohongan politik kini berleluasa. Politik tanah air kita kini menyaksikan pertarungan fitnah dan penaburan pembohongan yang membayangi pertarungan ideologi.
Namun, saya tidak berminat untuk memperincikannya di sini. Kebetulan pada pagi semalam, saya terbaca sebuah makalah yang menarik, “Politics Has Lost its Soul,” yang dalam banyak segi juga berlaku di Malaysia. Penulisnya, Donald Savoie menegaskan bahawa politik pada hari ini adalah semuanya personaliti dan tiada dasar. Jangan terperanjat jika para pengundi berasa ragu-ragu dan tidak mahu mengundi. “Wujud suatu masa di Britain dan negara Komanwel lain apabila tempat yang sepatutnya kepentingan setiap orang dibentuk, atau sekurang-kurangnya mempengaruhi, iaitu dasar awam adalah di ruang konvensyen parti politik. Model yang tidak diiktiraf pada hari ini.”
Bahas Savoie, “Parti-parti politik tidak menawarkan peluang yang penuh bermakna kepada para pengundi dalam proses pembuatan keputusan, tidak juga mereka berusaha melahirkan dasar alternatif untuk mereka yang dipilih. Sememangnya, bukan membesar-besarkan bahawa parti-parti politik telah hilang jiwa mereka kepada politik yang memacu imej, dalam proses kehilangan kemampuan mereka untuk menarik ahli-ahli.” Sesuatu yang juga dapat diperhatikan berlaku di negara kita sekarang.
Dan tambah beliau, “para pemimpin parti lebih memberikan tumpuan memenangi kuasa politik dan mempunyai sedikit minat dalam menganalisis politik dan isu dasar yang tidak ada kena mengena dengan mereka. Parti-parti politik semakin dikuasai oleh para pemimpin parti dan orang istana yang mereka pilih dengan berhati-hati. Mereka memainkan imej politik dan kekaburan dasar dalam mengejar kuasa politik.”

Donald Savoie turut menyalahkan media moden yang tidak dapat tidak berlaku di negara kita: “Sentiasa lebih berminat terhadap personaliti para pemimpin politik berbanding dengan parti yang mereka wakili. Kempen pilihan raya dibina sekitar para pemimpin parti, wang, bilik perang politik, kesilapan yang bodoh politik, tinjauan pendapat awam, putaran, iklan televisyen (termasuk yang negatif), dan debat melalui televisyen yang terlalu diharap-harapkan. Politik ini ialah semuanya tentang menang dan kalah para pemimpin politik, bukannya tentang kemenangan dan kekalahan parti politik dan platform mereka.”
Jika diperhatikan serang menyerang terhadap para pemimpin parti di negara kita, dipetik pemerhatian Savoie yang cukup tepat: “Parti-parti politik kehilangan tempat mereka kepada ‘perayaan’ para pemimpin politik. Persaingan dalam politik sezaman kini antara personaliti berbanding dengan persaingan antara parti politik.” "Perayaan" yang dinyatakan itu dalam erti kata negara kita, "politik pesta-pestaan," "politik meriah-meriahan." Untuk pesta-pestaan, meriah-meriahan mesti ada paluan gendang yang gamat bunyinya supaya para penonton berasa terpukau dan terhibur.
Dalam konteks Malaysia, persaingan personaliti antara Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim: padat dengan pertarungan peribadi, sarat dengan tuduh menuduh. Menyerang peribadi lawan lebih menghasilkan pulangan politik kerana penonton di kedua-dua belah pihak mudah teruja dan mudah dirasuk histeria, berbanding dengan memperkenalkan dan membahaskan dasar awam dan dasar nasional yang pastinya tidak mendapat sambutan.
Sebelum ini, Michael Tomasky menulis kebodohan angkuh salah seorang bakal calon Pilihan Raya Presiden Amerika 2012, iaitu Michele Bachmann. Bagi beliau, “aktivis Tea Party itu melakukan kesilapan besar sejarah semasa berucap di hadapan para pelajar dan aktivis konservatif di New Hampshire, iaitu menggalakkan negara Granite itu berbangga dengan peranannya dalam Perang Revolusi.”

Persoalan yang ingin diketengahkan bahawa ahli “politik bodoh sombong,” bercakap sesuka hati sesedap rasa adalah berkeliaran di mana-mana sahaja, dan Malaysia tidak terkecuali. Kalau bakal calon Presiden boleh berfikiran cetek, apatah lagi rakyat biasa. Budaya kejahilan semakin menebal di kedua-dua belah pihak kerana para pemimpin politik bukannya pembimbing yang baik untuk masyarakat. Dan mereka seronok melakukannya sedemikian kerana itulah yang diingini dan dituntut oleh masyarakat. Mereka boleh menelan bulat-bulat pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin politik.
Kebenaran untuk mereka adalah pembohongan untuk kami. Kepalsuan untuk mereka adalah kenyataan untuk kami. Pembohongan dan fitnah, meskipun comot dan jijik, namun banyak orang yang merindui dan menyayanginya. Dirangkul, didakap mesra selama-lamanya.
Paul Constant yang menulis dalam The Stranger pada Januari lalu, mencadangkan supaya “Sarah Palin dijadikan pariah,” dan yang terbaharu Christopher Dickey yang menulis dalam Daily Beast yang mendakwa “Gaddafi pernah menjadi pariah dan bakal pariah antarabangsa.” Justeru, dalam konteks Malaysia, jangan terperanjat bahawa ahli politik juga mencapai status tersebut. Memetik Donald Savoie sekali lagi, "politik yang hilang jiwanya," atau dengan kata lain, politik yang terhakis harga diri dan tergadai maruah.

No comments:
Post a Comment