KHAMIS, 24 Mac 2011
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan resolusi 1973 membenarkan tindakan ketenteraan, termasuk serangan udara terhadap kereta kebal dan meriam berat Libya, dan pengenaan zon larangan terbang, The New York Times secara terperinci melaporkan peranan Setiausaha Negara, Hillary Clinton, Samantha Power, pembantu kanan Majlis Keselamatan Negara, dan Susan Rice, duta Amerika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam mempengaruhi pendirian Presiden Barack Obama. “Obama Takes Hard Line With Libya After Shift by Clinton,” mendedahkan Hillary bersama-sama Presiden Obama berasa ragu-ragu, sama ada Amerika Syarikat sepatutnya mengambil tindakan ketenteraan terhadap Libya. Namun, setelah melihat Muammar Gaddafi semakin bertindak ganas terhadap penentangnya, Hillary dikatakan nekad untuk melakukan sesuatu, lalu bersama-sama dengan para pembantunya beliau meyakinkan Presiden Obama bahawa Amerika Syarikat perlu bertindak. Penglibatan Amerika dalam tindakan ketenteraan di Libya sepatutnya terbatas, dan Presiden dilaporkan berkata, “Tiada tentera darat. Hari dan bukannya minggu.”
Perubahan menjadi kemungkinan, lapor akhbar itu lagi, hanya selepas Hillary bersama-sama Samantha Power dan Susan Rice yang mendesak perlunya tindakan ketenteraan. “Kini, tiga wanita mendesak campur tangan Amerika supaya menghentikan malapetaka kemanusiaan yang membimbangkan.” Dengan menyertai Susan dan Samantha, Hillary memisahkan dirinya secara luar biasa dengan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, bersama-sama dengan penasihat keselamatan negara, Thomas Donilon dan ketua penentang keganasan, John Brennan – ketiga-tiga lelaki mengingatkan Amerika Syarikat perlu berhati-hati. Bagi mereka, Libya tidak penting dari segi kepentingan keselamatan negara Amerika.
Anjakan Pentadbiran Obama juga menjadi kemungkinan hanya apabila Amerika Syarikat bukan hanya memenangi sokongan negara-negara Arab, tetapi juga penyertaan aktif mereka dalam operasi ketenteraan menentang salah sebuah negara Arab sendiri. “Hillary dan Susan Rice memainkan peranan penting dalam cerita ini kerana Hillary dapat meraih sokongan Arab, manakala Susan bertungkus-lumus di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mendapat undi 10 menyokong berbanding lima undi berkeculi yang bukan merupakan kerja yang mudah,” akhbar itu memetik Brian Katulis, pakar keselamatan di Center for American Progress.
Kisah kejayaan ketiga-tiga wanita dalam menyuntik semangat kepada Presiden Barack Obama yang seakan-akan terketar-ketar untuk melancarkan satu lagi peperangan selepas Afghanistan dan Iraq, mendapat perhatian media, cerdik pandai, dan para pengulas politik. “Budak lelaki lawan budak perempuan mengenai Libya,” “jurang gender dalam pendekatan Pentadbiran Obama untuk peperangan.”
“Keputusan Obama untuk menyertai operasi ketenteraan,” lapor The Washington Post, “menandakan kemenangan puak campur tangan Liberal dalam Pentadbiran, termasuk Rice, Samantha Power, Ben Rhode, dan Gayle Smith.”
Tidak kurang pujian atau sanjungan daripada tokoh pada era George W. Bush, antaranya Karl Rove, bekas penasihat beliau, “Semoga Tuhan merestui Hillary kerana melaksanakan tugas itu.” Bercakap dengan Fox News, Rove berkata, “Hillary mempunyai pandangan bahawa tindakan diperlu diambil dan kita perlu bekerja dengan sekutu kita dan mengambil langkah konkrit untuk menyingkir Gaddafi daripada kuasa dan mengawal serangannya terhadap golongan demokra ‘d’ huruf kecil di timur negara itu.” Beliau juga memuji kesediaan Hillary bangkit menentang Robert Gates dan Presiden yang keberatan untuk bertindak, dengan berkata, “Kita memerlukan anggota yang kuat dalam Kabinet.”
Dikatakan tiga atau empat penasihat Obama, semuanya wanita, mahukan peperangan terhadap Libya. “Kita selalu fikir bahawa wanita yang berkuasa entah kenapa, kurang propeperangan,” tulis Robert Dreyfuss, dalam blog The Nation, “tetapi dalam Pentadbiran Obama sekurang-kurangnya kelihatan sikap suka berperang adalah teruk dalam kalangan Hillary Clinton, Susan Rice, dan Samantha Power.” Ketiga-tiganya merupakan puak campur tangan liberal, dan ketiga-tiganya nampaknya percaya bahawa apabila Amerika Syarikat menggunakan angkatan tentera, Amerika mempunyai beberapa pertimbangan moral yang mendalam, iaitu sifat menyelamatkan nyawa. Dengan nada kritikan, Dreyfuss menambah: “Tiga kuda (troika) ini mendesak Obama menerima tuntutan puak neokonservatif, seperti Joe Lieberman, John McCain, dan Bill Kristol bersama-sama dengan puak campur tangan liberal yang lain di luar Pentadbiran, seperti John Kerry.
Jacob Heilbrunn yang menulis dalam The National Interest, dengan judul yang menarik tentang ketiga-tiga wanita yang menundukkan Presiden Obama itu: “America's Foreign Policy Valkyries: Hillary Clinton, Samantha Power, and Susan Rice.” Berbanding dengan pendapat popular, Perang Iraq bukan sekadar hasil puak neokonservatif, tulis Heilbrunn secara perbandingan. Perang itu juga diperjuangkan oleh helang liberal. Perseikatan antara dua puak ini mencetuskan debat. “Kini, helang liberal kembali dengan membalas dendam.” Beliau juga merujuk laporan The Washington Post bahawa tiga kuda (troika) penasihat wanita, iaitu Hillary, Susan, dan Samantha merupaka lebih kurang, bertanggungjawab memujuk Presiden Obama – menolak nasihat Robert Gates dan anggota lain dalam pihak berkuasa ketenteraan – bahawa mengebom Libya ialah idea yang baik.

Kini, tiga Valkyries hal ehwal luar, bahas Heilbrunn, ingin menunggangi misi kemanusiaan baru untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada penindas. Beliau mempersoalkan “Adakah ini berakhir dengan kegembiraan? Atau adakah ini menjadi bab baru - satu lagi tamparan terhadap reputasi Amerika yang sangat berkuasa?” Beliau nampaknya bimbang kemungkinan Amerika terjebak dalam peperangan ketiga, meskipun Obama mengambil langkah berhati-hati dengan menggunakan Liga Arab sebagai “daun ara.” British dan Perancis sepatutnya menjadi peneraju. Akan tetapi, jika langkah ini gagal, bahas Heilbrunn lagi, “Obama tahu dengan tepat di manakah meletakkan kesalahan. Hillary, Samantha, dan Susan membuat pertaruhan yang besar. Helang liberal dan puak neokonservatif mungkin telah bersiap sedia untuk bencana dasar luar yang baru seandainya Libya terjebak ke dalam perang puak."
Penglibatan ketiga-tiga wanita itu bukan sekadar mengundang kiasan berbentuk gender, tetapi juga berbentuk seksis, seperti dalam tulisan Mark Krikorian, “They Know Who Wears the Pants in This Country” dalam National Review yang lebih menyalahkan Presiden Obama. “Masalah bukannya pemimpin wanita,” tegas beliau, “musuh Virgin Queen dan Iron Lady yang menjadi buktinya. Masalah, bahkan bukan dengan Presiden mempunyai subordinat wanita yang kuat. Sebaliknya, sifat pengecut Obama kelihatan dengan sangat jelas berbanding dengan arahan wanita dasar luarnya, dan bahkan mereka meleterinya supaya menyerang Libya sehingga beliau beralah.”
Sementara Duncan Robinson yang menulis dalam New Statesman seakan-akan menyindir kaum lelaki, “Dude, the President Gave in to a Girl!” yang menyebut tiga wanita itu foreign policy valkyries Pentadbiran Obama. Valkyries ini mendesak Presiden Obama mengetepikan keraguannya, mengetepikan nasih berhati-hati Robert Gates. Robinson dengan agak lucah menulis, “Pembaca yang berhati-hati mungkin perasan bahawa baka baru helang liberal: tiada seorang pun yang memiliki zakar.” Memetik Krikorian yang dinyatakan di atas bahawa “Obama tiada bola! Hillary ada. Mungkin itu mengapa Bill Clinton main jauh-jauh dari rumah,” Robinson menambah, “Krikorian selesa dengan wanita mempunyai kedudukan autoriti. Masalahnya terletak pada Obama yang tidak bertulang belakang. Betul? Salah.”

Robinson juga cuba menterjemahkan logik Krikorian yang terperanjat dengan campur tangan itu Amerika Syarikat itu: “Jika Obama boleh digentel-gentelkan oleh wanita, beliau juga boleh digentel-gentelkan oleh sesiapa” – golongan sayap Kanan mengutuk Presiden kerana mendengar nasihat wanita mengenai Libya.
Melihat wujud ulasan yang lucah dan seronok terhadap tiga peranan dan pengaruh tiga wanita itu, dan seolah-olahnya Obama takut bini, Heather Michon merumuskan, “sekurang-kurangnya kita membuktikan satu perkara: Perang mungkin datang dan pergi, tetapi seksime kekal abadi.” Dalam “Was Obama Henpecked into War?” Heather mendakwa mereka yang membenci Obama atau yang membenci wanita yang tegas (diakui selalu wujud pertindihan antara mereka dalam dua kumpulan ini) mengadakan cerita dengan keseronokan. Membenarkan mereka menuduh Obama kewanita-wanitaan dan tiada tulang belakang, dan berlegar-legar di bawah hidung wanita. (Kalau dalam budaya kita, di bawah ketiak wanita.) Dan, bagaimana mereka lupa bahawa Hillary Kacip Kekeras. Tambah tiga orang wanita bermakna tiga kali peluang untuk menunjukkan bagaimana tiga wanita ini tidak cukup norma kewanitaan ditahbiskan Tuhan.”

Heather menarik perhatian golongan yang ghairah melepaskan tembakan melulu bersifat benci perempuan yang melemahkan pihak lawan politik bahawa pertama bukannya Hillary, Susan, dan Samantha masuk ke dalam Oval Office, merayu Presiden menyerang Gaddafi atau menyerbu dan memaksa beliau melancarkan Tomahawks yang telah pun bersiap sedia. Kedua, meskipun tiga wanita ini berhujah, tetapi keputusan dibuat oleh lelaki: Barack Obama, Robert Gates, dan Pengerusi Ketua Bersama Mike Mullen.
Sesuatu yang boleh dipelajari di sini ialah apabila seseorang itu menjadi pemimpin, dia mesti memperlihatkan kuasa, autoriti, dan kesahannya. Selain dirinya sendiri, orang yang di sekelilingnya juga sering diperhatikan: siapa yang membuat keputusan? siapa yang mengarah? Bagi sesetengah orang, pastinya memeranjatkan bagaimana tiga wanita yang berani dan cekal itu dipersendakan. Juga menunjukkan bagaimana menebalnya seksisme dalam masyarakat Amerika jika dilihat daripada perkataan atau bahasa yang digunakan, antaranya coli, seluar dalam, takut bini, dan gelaran daripada cerita mitologi yang bersifat keperempuanan.
No comments:
Post a Comment