Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Tatkala dunia dilanda krisis kewangan dan kemelesetan, model ekonomi yang sering mendapat perhatian ialah Sweden, sama ada untuk pemulihan ekonomi ataupun model yang berbeza dengan masyarakat besar. Pada pertengahan Oktober, The Economist meninjau model baru yang membawa kejayaan ekonomi Sweden, yang agak tidak sama, tetapi lebih cekap.
Dalam pada itu, model ekonomi di negara jiran kita, bukan Singapura, tetapi Indonesia, turut mendapat perhatian, seperti yang dapat diperhatikan dalam tulisan Pankaj Mishra dalam Bloomberg, yang memperkenalkan Joko Widodo, Gabenor Jakarta yang baru dipilih. Dalam pertemuannya dengan Mishra, Joko memberitahu bahawa beliau lebih mengutamakan kerja "bawah ke atas" berbanding dengan "atas ke bawah." Di kota yang mempunyai saudagar dan peniaga kecil, Joko memudahkan mereka memperoleh permit dan lesen perniagaan. Beliau juga menyokong perniagaan tempatan dan kraf dan industri tradisional, seperti batik. Di negara yang terkenal dengan rasuah dan kapitalisme kroni, Joko mengutamakan pemilik kereta sorong makanan berbanding dengan rangkaian kedai selesa dan pusat beli-belah global.
Mengapa model ekonomi baru Indonesia dan bukannya model baru ekonomi Malaysia yang menjadi kebanggaan Najib Razak dan Idris Jala, menjadi pilihan Pankaj Mishra, penulis dari India?
No comments:
Post a Comment