Artikel Popular

Tuesday, November 20, 2012

Orca Gagal Baham Narwhal

SELASA, 20 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Teknologi tidak memenangi kempen politik, tetapi teknologi pastinya merupakan senjata, iaitu pengganda kuasa, menurut istilah ketenteraan. Demikian tulis Steve Lohr dalam The New York Times, yang cuba membandingkan pertandingan teknologi antara kempen Obama dengan kempen Romney.  Akan tetapi, kelebihan sebenar kempen Obama adalah dari segi penggunaan teknologi dalam talian dan mobil untuk menyokong permainan padang yang banyak mendapat pujian, menemui bakal penyokong, dan menggesa mereka agar keluar mengundi, sama ada secara peribadi atau telefon.

Pertandingan teknologi antara  kempen  Obama dengan kempen turut mendapat perhatian yang disebut "The New Chicago Machine vs. The Grand Old Party," yang berkesudahan, teknologi membantu  Barack Obama mengatasi pencabarnya Mitt Romney.  Sementara melalui digital, kempen Obama dan sekutu mereka berjaya mengumpulkan dana, menurut Michael Scherer, iaitu lebih AS$1 bilion.

Pertandingan teknologi antara kedua-dua pihak, menyaksikan perlawanan antara Narwhal, projek kempen Obama yang dinamakan  sempena ikan paus Artik, dengan Orca, iaitu pembunuh ikan paus  pada pihak Romney.  Marx A.  Thiessen yang menulis dalam The Washington Post, menyentuh kelebihan Narwhal berbanding dengan Orca.  "Ikan paus" banyak membantu melicinkan kempen Obama dan seterusnya membantu kemenangan, "pembunuh ikan paus" yang tidak berfungsi dengan baik dan berkesan, membawa padah kepada Romney.

"Operasi Obama," tulis Thiessen, "tidak seperti Orca, kerana projek itu berfungsi.  Menurut ABC News, Orca runtuh apabila pelayan datanya mengandungi lebih muatan.  Terbukti bahawa Orca tidak diuji sepenuhnya sebelum pilihan raya."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...