Artikel Popular

Thursday, November 22, 2012

KDNK: Pendustaan dan Realiti

KHAMIS, 22 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Melalui tulisannya dalam The Guardian, Morten Jerven mendedahkan pendustaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tentang ekonomi Ghana. Dua tahun lalu, perkhidmatan perangkaan Ghana mengumumkan penyemakan  anggaran KDNK yang mencatatkan peningkatan lebih 60 peratus.  

Dengan penyemakan itu, maka ini menunjukkan bahawa dalam anggaran sebelum ini kira-kira AS$13 bilion nilai aktiviti ekonomi terlepas.  Hasilnya, Ghana tiba-tiba dinaikkan taraf daripada negara berpendapatan rendah kepada berpendapatan sederhana rendah.  Hal ini, jelas Jerven, pastinya mengelirukan sambil memetik Shanta Devarajan, Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Afrika yang mengatakan, "tragedi statistik Afrika."

Jerven juga merujuk buku beliau sendiri, Poor Numbers, bagaimana orang ramai dikelirukan oleh statistik pembangunan Afrika dan bagaimana menanganinya, menunjukkan kajian pengeluaran dan penggunaan statistik pembangunan ekonomi Afrika.  "Semua persoalan utama dalam pembangunan," hujah beliau, "berkembang di sekitar ukuran pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan."

Dalam kes Ghana, jelas Jerven, untuk menggarap rantaian peristiwa, pemahaman perakaunan negara adalah perlu.  Selailn itu, menurut beliau lagi, tahun asas juga penting untuk menganggarkan tahap masa depan.  Bagi Ghana, tahun asas sebelum ini dibuat pada tahun 1993.  Pastinya, sejak itu, struktur ekonomi berubah cara radikal, sebahagian kerana pengenalan teknologi baru, seperti telefon mobil dan sebahagian kerana dasar ekonomi, seperti liberalisasi yang berterusan dan pentingnya penyerahan perkhidmatan bukan negara, seperti pendidikan tertiari. 

Negara lain yang turut diketengahkan oleh Jerven ialah Nigeria yang juga melakukan penyemakan ke atas tergantung.  Tahun asas untuk perakaunan negara, tahun 1990, yang lebih ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan Ghana.  Menurut laporan Biro Perangkaan Negara (NBS),  Nigeria merancang untuk mengubah tahun asasnya ke tahun 2008.  Hal ini merupakan pengumuman yang beani yang boleh membawa kepada "lompatan besar" dalam angka KDNK.

Sementara itu, carta harian The Economist menunjukkan negara yang mencatatkan pertumbuha  KDNK yang pesat dalam satu tahun antara 1980 - 2012,  dan negara yang mengalami penguncupan.  Pada tahun 2012, negara yang mencatatkan pertumbuhan yang paling pesat mungkin memeranjatkan, iaitu Libya dengan pertumbuhan 120 peratus, setelah menguncup teruk, iaitu 60 peratus pada tahun lalu.  Equatorial Guinea pernah mencatatkan pertumbuhah KDNK yang paling pantas, iaitu 150 peratus pada tahun 1997.  Ekonomi Kuwait yang menguncup sebanyak 41 peratus ketika Perang Teluk tahun 1991, mencatatkan pertumbuhan lebih 50 peratus pada tahun berikutnya (rujuk carta di bawah):




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...