Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Amerika Syarikat, seperti yang dibahaskan oleh James Kwak dalam The Atlantic, tidak mempunyai masalah perbelanjaan, sebaliknya tegas beliau, menghadapi masalah agihan.
Pada masa depan, jelas Kwak, Amerika akan mampu menanggung semua kesihatan yang mereka gunakan sekarang, dicampur semua barang lain yang mereka gunakan hari ini, dan kemudian beberapa barang. Hal ini bermakna, misalnya golongan tua dapat menikmati tahap faedah kesihatan yang mereka nikmati hari ini, dan yang lain masih lebih baik berbanding dengan yang mereka nikmati sekarang.
Sementara itu, di Britain, menurut Zoe Williams yang menulis dalam The Guardian, kanak-kanak akan kelaparan, membangkitkan persoalan di manakah penjaga mereka. Negara itu, tegas beliau, dilanda oleh kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak. Zoe memetik angka Action for Children yang menunjukkan dua pertiga pengurus pusat mereka melihat kanak-kanak tanpa makanan yang cukup untuk dimakan.
Dalam pada itu, jalan penyelesaian untuk krisis zon euro semakin tidak kelihatan apabila Greece yang mengharapkan bantuan tidak dipertimbangkan oleh rakan-rakannya di Eropah. Perancis pula, beberapa hari lalu, dilucutkan taraf kreditnya daripada AAA kepada AA1.
Pendek kata, dunia kapitalis, seperti yang dibahaskan oleh Nouriel Roubini - yang dipetik sebelum ini, dilanda pelbagai krisis, terus-menerus hidup dalam kemuraman.
No comments:
Post a Comment