Artikel Popular

Monday, November 26, 2012

The Economist: "Tiada Tuhan, Bahkan Tiada..."

ISNIN, 26 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam edisi bercetak keluaran 24 November, The Economist yang mendedahkan  orang Islam yang berubah menjadi ateis semakin lantang bersuara, mengetengahkan kisah Alexander Aan yang dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun oleh mahkamah Indonesia pada Jun kerana "mengapi-apikan kebencian agama."  Jenayahnya, menurut majalah itu, adalah menulis pada kumpulan  Facebook, "Tuhan tidak wujud" yang dia asaskan untuk golongan ateis di Minang, sebuah wilayah di negara yang paling banyak orang Islam di dunia.  Sebagaimana kebanyakan bukan penganut agama  di wilayah Islam itu, dia dibesarkan sebagai orang Islam. Dan sebagaimana banyak orang tidak mempercayai Tuhan secara terbuka, dia dijatuhi hukuman.

Dalam sebilangan kecil  negara majoriti Islam, golongan ateis boleh hidup dengan selamat jika mereka berdiam diri, misalnya Turki dan Lubnan.  Tidak ada negara yang menjadikan ateisme jenayah khusus, jelas The Economist.  Akan tetapi, tidak ada negara Islam yang memberi golongan ateis perlindungan undang-undang dan pengiktirafan.  Indonesia, misalnya, menghendaki rakyatnya mengisytiharkan diri mereka sebagai satu daripada enama agama; ateisme dan agnostisisme tidak diambil kira.  Perlembagaan Mesir yang dirangka memberikan ruang hanya pada tiga agama:  Kristian, Judaisme, dan Islam.

Majalah itu juga mendedahkan bahawa kumpulan Facebook untuk golongan ateis, kebanyakan menggunakan nama samaran.  Media sosial memberikan lebih pengaruh kepada golongan bukan penganut agama, tetapi menyebabkan mereka lebih menonjol, dan dengan itu, mudah terdedah.  Akan tetapi, masalah sebenar terletak pada sikap tidak toleransi agama.  Pada tahun 1950-an dan 1960-an, sekularisme dan sikap toleransi wujud di banyak negara majoriti Islam; kini, agama menonjol dalam kehidupan awam dan politik.

Kebangkitan kuasa parti Islamis, bahas The Economist, selepas Revolusi Arab berkemungkinan menjadikan kehidupan masih  lebih sengsara bagi mereka yang meninggalkan Islam.  "Pemerintah baru di Tunisia dan Mesir mempenjarakan beberapa orang muda yang lantang menyatakan mereka tidak ada kepercayaan.  Hal seperti itu berlaku sebelum revolusi, tetapi kelihatan lebih lazim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...