Artikel Popular

Thursday, November 22, 2012

Obama "Kaki Gomol"

KHAMIS, 22 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini, jelas bahawa Presiden Barack Obama dan kempennya, kaki gomol.  Sebaik-baik sahaja pencabarnya, Mitt Romney menang pemilihan awal Republikan, tetapi beliau belum lagi memperoleh pengesahan partinya, Republikan, kempen Obama bersama-sama super PAC, Priorities USA Action, melanyak Romney dengan mentakrifkan beliau mengikut kehendak mereka.  

Kecuali dalam debat pertama Presiden yang berlangsung di Denver, Colorado pada 3 Oktober, secara keseluruhan, Obama dan kempennya menguasai permainan berbanding dengan Romney dan kempennya, termasuk debat kedua dan ketiga.

Pendek kata, bab gomol menggomol, serahkan pada Obama.  Beliau juga hebat dengan gomol perempuan (lebih tepat jika disebut  mendakap dan mencium), seperti yang berlaku ketika beliau melawat Myanmar baru-baru ini.  Di negara bekas paria itu, beliau mengadakan pertemuan dengan  Aung San Suu Kyi, maharani tanpa pakaian, sambil mendakap dan  mencium pemimpin pseudodemokrasi itu sehingga wanita itu kelihatan tersipu-sipu. Mungkin juga Suu Kyi  teruja, naik syok. 

Fiil Presiden Amerika Syarikat itu yang gemar mendakap dan mencium, ditunjukkan oleh The Daily Beast, melalui beberapa foto.  Selain  Suu Kyi, wanita yang turut "digomol" oleh Obama, termasuk Hillary Clinton, Nancy Pelosi,  Angela Merkel, dan Julia Gillard.

Untuk bersikap adil, Barack Obama juga menggomol isterinya, Michelle,  yang gambar itu disifatkan "ciak kemenangan."


Gomol, Obama, gomol! Sesuai taraf anda sebagai Presiden negara kuas besar.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...