Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Carta harian The Economist menunjukkan bahawa Amerika Latin berjaya bebas daripada pasungan kemiskinan dan seterusnya mewujudkan kelas menengah.
Dalam makalah yang berasingan, menunjukkan bahawa dalam satu dekad, kemajuan sosial mewujudkan kelas menengah yang besar, tetapi belum lagi melahirkan masyarakat kelas menengah. Beberapa kajian terbaharu menegaskan bahawa kelas menengah Amerika Latin adalah lebih besar daripada kajian Bank Dunia. Kajian pada tahun 2010 oleh Organisasi Pembangunan Ekonomi dan Pembangunan (OECD), kumpulan kebanyakannya negara kaya, memperhitungkan bahawa 275 juta orang di benua itu, atau hanya di bawah separuh penduduk merupakan kelas menengah.
Kemas kini pada 15 November, pukul 9.00 malam:
Menurut kajian Bank Dunia, yang dipetik oleh The Guardian, ketidaksamaan pendapatan jatuh di Amerika Latin, sedangkan di tempat lain, meningkat. Kajian itu menggalakkan kerajaan campur tangan untuk mengurangkan jurang kekayaan. Sepanjang 15 tahun lalu, lebih 50 juta orang bangkit untuk menganggotai kelas menengah, yang kini untuk pertama kali, kira-kira sama saiznya dengan penduduk miskin di wilayah itu.

No comments:
Post a Comment