Artikel Popular

Saturday, November 17, 2012

"Super PAC" Masuk Kamus

SABTU, 17  November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pilihan Raya Amerika Syarikat yang berlangsung pada 6 November menyaksikan kehadiran super PAC, yang memainkan peranan aktif, berkempen untuk calon-calon yang bertanding, khususnya untuk jawatan Presiden. Super PAC ini, baik yang pro-Barack Obama dan Demokrat, mahupun yang pro-Mitt Romney dan Republikan, mengumpulkan dana melalui sumbangan derma untuk digunakan dalam kempen pilihan raya, lazimnya melalui iklan.  

Selain calon-calon yang bertanding, para cerdik pandai, peninjau pendapat, dan peramal, super PAC juga mendapat perhatian, kerana penglibatannya dalam politik mencetuskan kontroversi, iaitu  membabitkan pengumpulan dan penggunaan wang yang banyak.  Antara nama terkenal yang bergiat dalam super PAC ialah Karl Rove, dengan  American Crossroad, yang berjaya mengumpulkan yang banyak untuk berkempen bagi Romney dan calon Republikan lain.  Rove dikritik kerana gagal membantu kemenangan Romney dalam Pilihan Raya Presiden, walaupun super PAC beliau menggunakan peruntukan yang cukup besar.

Walaupun super PAC mengalami nasib yang berbeza, bergantung pada kemenangan calon yang disokongnya, sekurang-kurangnya super PAC berkemungkinan akan  terkandung dalam kamus Merriam-Webster,   seperti yang dilaporkan oleh Politico

Oleh sebab kehadirannya  menyebabkan wang gelap berlegar dalam politik Amerika, maka masa depan super PAC diragui, iaitu sama ada dapat bertahan hingga pilihan raya yang akan datang ataupun akan lenyap. Sebilangan ahli politik melahirkan kebimbangan mereka terhadap super PAC yang seakan-akan bermaharalela dalam politik negara itu. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...