Artikel Popular

Sunday, November 18, 2012

Tinjauan Pendapat: Britain Meninggalkan Kesatuan Eropah

AHAD, 18 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Sebanyak 56 peratus rakyat British, menurut tinjauan pendapat, akan mengundi dalam pungutan suara, iaitu  United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah. Sejak zon euro dilanda krisis, mula wujud desakan sesetengah, bahkan ahli politik  supaya  negara  mereka meninggalkan Kesatuan Eropah, maka keputusan tinjauan pendapat itu tidak memeranjatkan sama sekali.  



Editorial The Observer dalam ulasannya  tentang hasrat untuk meninggalkan kumpulan serantau yang dianggotai oleh 27 buah negara itu, mengingatkan kesan buruk ekonomi terhadap Britain jika negara itu bertindak keluar.  Keburukan itu melibatkan pelbagai tahap: pengeluaran kereta, pembuatan, pembinaan  kapal terbang, industri pertahanan, industri perkhidmatan kewangan, pertanian, dan pencukaian.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...