Artikel Popular

Friday, November 16, 2012

Bersetubuh: Berapa Lama Lelaki Tahan?

JUMAAT, 16 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Jangan keliru! Saya bukan bertujuan menjual "ubat kuat lelaki"  dan bukan juga bertujuan menjalankan kajian tentang "kelakian."

Sebaliknya, sekadar berkongsi pengetahuan yang saya peroleh melalui tulisan James Hamblin, editor kesihatan The Atlantic.  Berapa lama hubungan seks sepatutnya tahan?  Soal Hamblin sambil memetik konsensus terapi seks yang mengatakan tiga hingga tujuh minit zakar dalam vagina adalah "memadai,"  manakala 7 hingga 13 minit "lebih baik." 

Kalau tiga minit sudah memadai, maka soal Hamblin, "mengapa 'cepat pancut' menjadi diagnosis perubatan sebenar?"  Untuk itu, beliau memetik International Society of Sexual Medicine yang mentakrikan "cepat pancut" adalah memenuhi semua tiga kriteria: selesai kebanyakan masa dalam masa satu minit dan menghadapinya akibat tekanan peribadi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...