Oleh: ZULKIFLI SALLEH
The Editors Bloomberg mendedahkan bahawa usaha pembasmian kelaparan di India gagal disebabkan ahli politik yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk memerangi fenomena sosial yang tidak dingini itu.
Untuk menyara golongan miskin, kerajaan India menyediakan peruntukan yang semakin meningkat setiap tahun. Sejak penubuhan Perbadanan Makanan India, kerajaan India mengendalikan sistem agihan makanan awam yang terbesar di dunia. Pada tahun ini, menurut The Editors, belanjawan akan diperuntukkan hampir AS$14 bilion untuk membeli gandum, beras, dan makanan lain untuk golongan miskin yang diberikan kad catuan Garis Kemiskinan Bawah (BPL), dapat membeli barang makanan pada kadar harga yang dipotong, daripada hampir setengah juta Kedai Harga Patut.
Malangnya, kurang separuh bantuan makanan yang disasarkan untuk golongan miskin akhirnya sampai kepada mereka. Ahli politik yang tidak jujur dan orang tengah menyelewengkan bantuan tersebut untuk dijualkan semula pada harga yang melambung. Kad catuan tidak sampai kepada golongan yang memerlukannya. Satu kajian pada tahun 2009 menganggarkan bukan sahaja golongan majoriti miskin India yang tidak memilik kad BPL, tetapi juga bahawa kira-kira 44 peratus kad BPL diberikan kepada golongan bukan miskin.
Menurut data yang disusun oleh Bloomberg, di negeri Uttar Pradesh sahaja, sebanyak AS$14.5 bilion bantuan makanan lesap pada dekad lalu. Seorang pemberi maklumat (whistle-blower) menuding jari kepada Menteri Makanan negeri itu, iaitu Raja Bhaiya yang secara berasingan didakwa (tetapi tidak pernah didapati bersalah), cuba membunuh, menculik, melakukan rompakan bersenjata, dan melakukan penipuan pilihan raya. Semua diberitahu, menurut kajian Bank Dunia yang dikeluarkan pada tahun 2011, 58 peratus bantuan makanan India lenyap kerana rasuah dan pembaziran.
Respons kerajaan India tentang soal ini kurang membanggakan. Apabila pemberita Bloomberg mendesak K.V. Thomas, Menteri Makanan India, untuk memberikan responsnya terhadap laporan rasuah dan salah urus, beliau menafikan apa-apa masalah dan mengusir pemberita itu keluar.
No comments:
Post a Comment