Artikel Popular

Friday, November 16, 2012

Barometer Perniagaan Global

JUMAAT, 16 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Kajian yang melibatkan 1500 orang eksekutif, yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit, menunjukkan bahawa keseimbangan responden yang fikir ekonomi global akan lebih baik berbanding dengan mreka yang fikir akan semakin teruk, meningkat daripada tolak 25 titik peratusan pada Julai kepada tolak 11 titik peratusan pada Oktober.  

Kajian tersebut yang dipetik oleh carta harian The Economist, menunjukkan sentimen meningkat di semua wilayah, kecuali Eropah Timur, tetapi hanya di Timur Tengah dan Afrika, para eksekutif mempunyai sentimen lembu jantan (bullish). Mereka yang terlibat dalam industri bahan kimia dan barang pengguna terutamanya, berasa muram.

Berhubung dengan euro, 55 peratus responden fikir kesatuan mata wang akan "sehidup semati," manakala 29 peratus berkata Greece akan meninggalkan zon euro.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...