Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Dalam kajian yang melibatkan ekonomi, perniagaan, daya saing, dan pendidikan, Singapura lazimnya tersenarai dalam negara teratas, jauh meninggalkan negara jirannya di Asia Tenggara.
Walau bagaimanapun, dalam kajian tentang emosi masyarakat di sesebuah negara, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg Businessweek, Singapura termasuk dalam golongan masyarakat kurang emosi, iaitu menduduki tangga pertama, mendahului Georgia, Lithuania, dan Rusia. Masyarakat Singapura mustahil melaporkan perasaan marah, kesakitan fizikal, atau emosi negatif lain. Akan tetapi, mereka juga tidak banyak ketawa.
Kajian yang dijalankan oleh Gallup, yang melibatkan 151 negara, bagaimana orang ramai merasakan kehidupan mereka, menunjukkan masyarakat Filipina paling emosi, iaitu menduduki tangga teratas, diikuti oleh El Salvador, Bahrain, dan Oman serta Colombia, manakala Kanada, Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lain menduduki tangga kelima (rujuk jadual di bawah):
Sementara menerusi peta yang ditunjukkan oleh kajian itu, Malaysia menduduki tangga ke-87, Indonesia ke-96, dan Thailand ke-105.
No comments:
Post a Comment