Artikel Popular

Thursday, November 15, 2012

Eropah: Hari Keberangan Terhadap Jimat-cermat

KHAMIS, 15 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Eropah, seperti yang dilaporkan, bersatu melancarkan protes terhadap tindakan kerajaan memotong perbelanjaan dan kerana kehilangan pekerjaan.  Protes yang melibatkan beribu-ribu orang di benua itu pada hari Rabu, merupakan antijimat-cermat yang terseleras terbesar, berarak menentang pemotongan perbelanjaan yang dirancang oleh Jerman ketika zon euro terbenam  semula dalam kemelesetan, dan ketika United Kingdom dijangkakan terperangkap dalam kemelesetan ganda tiga.  Di zon euro, United Kingdom (dan juga dunia), seperti yang dibahaskan oleh Dean Baker, dasar yang teruk membawa kemudaratan, iaitu memusnahkan masyarakat. 

Beberapa orang wakil pekerja menjelaskan mengapa mereka melancarkan mogok menentang  pelaksanaan jimat-cermat oleh kerajaan mereka.  "Hari Bertindak dan Perpaduan" yang dianjurkan oleh Persekutuan Kesatuan Sekerja Eropah (ETUC),  melibatkan 23 buah negara, yang menurut The Independent, menunjukkan perbezaan antara Utara-Selatan Eropah.  Di Sepanyol, dilaporkan berlaku pergaduhan antara penunjuk perasaan dengan polis pencegah rusuhan; di negeri itu, para pekerja melancarkan mogok umum kedua pada tahun ini.

Barbie Latza Nadeau yang melaporkan dalam The Daily Beast, bahawa tidak memeranjatkan penunjuk perasaan di negara yang rakyatnya lebih sengsara akibat langkah jimat-cermat yang melampau adalah lebih ganas.  "Jimat-cermat menempuh jalan buntu sama sekali, dan mesti ditinggalkan," menurut laman Web, yang kumpulan itu mendesak tindakan, yang bagi mereka, "Perlindungan sosial dan upah tidak boleh dikorbankan lagi."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...