Artikel Popular

Tuesday, November 20, 2012

Beli-belah dalam Tandas

SELASA,  20 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dalam masyarakat Malaysia, tandas secara berseloroh,  dianggap "tempat termenung."  Sebaliknya, di Amerika Syarikat, menurut kajian CashStar dan Harris Interactive, yang dipetik oleh The Huffington Post, lebih 38 juta orang membeli-belah ketika mereka menggunakan  tandas.

Telefon pintar dan tablet membolehkan para pengguna membeli-belah dan memberikan hadiah dalam banyak cara dan tempat jika dibandingkan dengan sebelum ini.  

Menurut kajian, rakyat Amerika juga mencurahkan wang mereka dalam talian di tempat yang sangat bahaya.  Lebih empat juta orang mengakui bahawa mereka membeli-belah dalam talian ketika memandu.

Pendek kata, manusia melakukan apa-apa sahaja di mana-mana sahaja.  Dalam tandas, macam-macam perkara dapat dilakukan.  Banyak orang banyak ragam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...