Artikel Popular

Wednesday, November 14, 2012

Amerika Baru: Kebangkitan Suara Asia

RABU, 14 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kehilangan sokongan  Mitt Romney dalam kalangan pengundi Hispanic mendapat liputan The New York Times dan Washington Post.  Ronald Brownstein yang menulis aspek pengundi Amerika yang berubah, mencatatkan bahawa berdasarkan tinjauan pendapat keluar, Barack Obama memenangi 80 peratus undi minoriti dan 39 peratus undi kulit putih.  Beliau  memperoleh 93 peratus undi Afrika-Amerika, 73 peratus Asia-Amerika, 71 peratus Hispanic, dan 58 peratus semua kaum dan minoriti etnik lain.

Meskipun banyak tumpuan diberikan terhadap pengundi Hispanic, yang merupakan 10 peratus daripada jumlah pengundi, golongan minoriti yang terdiri daripada orang kulit hitam dan  orang Asia Amerika tidak terlepas daripada radar penganalisis.  Jelas bahawa, tegas Francis Wilkinson, para pengundi Asia menghantar mesej kepada Republikan.  Mereka mengundi 73 peratus untuk Obama berbanding 26 peratus untuk Romney; mereka lebih Demokratik berbanding dengan orang Hispanic.

Selepas bertahun-tahun undi kaum memihak kepada Republikan, jelas Wilkinson, kini, orang Asia, orang kulit hitam, dan orang Hispanic menghantar isyarat:  Orang kulit hitam undi Demokratik 9-1; oang Asia 3-1;  orang Hispanic hampir 3-1.  "Sokongan terhadap pembaharuan imigresen akan membantu.  Akan tetapi, Demokrat mempunyai empat dekad lebih awal membina dan mengurus pakatan pelbagai kaum.  Republikan terpaksa bertungkus-lumus untuk mengejar secara tergesa-gesa."

Eugene Robinson yang menulis dalam The Washington Post tentang peranan golongan minoriti itu dalam menentukan kemenangan Barack Obama: "Amerika baru bersuara," yang antaranya terdiri daripada orang Asia yang menurut kajian Pew Research Center, memihak atau cenderung kepada Parti Demokratik berbanding dengan Parti Republikan.  Namun, tidak dinafikan juga akan peranan wanita tunggal yang menyebabkan kekalahan Mitt Romney.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...