Artikel Popular

Saturday, November 17, 2012

Wanita Indonesia dan Filipina Jadi Hamba di Hong Kong

SABTU, 17 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Seandainya peristiwa ini berlaku di Malaysia, nescaya akan tercetus  tunjuk perasaan besar-besaran di Jakarta, dengan menjadikan Kedutaan Malaysia di sana sasaran keberangan penunjuk perasaan. 

Namun, oleh sebab peristiwa ini, iaitu perhambaan terhadap beribu-ribu wanita Indonesia dan Filipina berlaku di Hong Kong, maka dapat dijangkakan tidak berlaku tunjuk perasaan di Jakarta.  Golongan wanita berkenaan terpaksa membayar hutang mereka dengan menggunakan hampir kesemua gaji bulanan kepada syarikat dan agensi pinjaman yang menempatkan mereka dengan keluarga. 

Menurut Bloomberg, salah seorang mangsa itu, bernama Arida, amah Indonesia, yang tidak dapat mengawal kesedihannya kerana  menyerahkan hampir semua gaji bulanannya AS$483 (HK$3740) kepada pemberi pinjaman untuk menjelaskan hutang berjumlah 11 kali ganda amaun yang dia tanggung untuk mencari pekerjaan.  Apabila dia menghentikan bayaran hutang itu pada bulan Julai selepas dia diberitahu fi yang yang dikenakan pada dirinya adalah haram di Hong Kong, maka pemungut hutang mengganggu dia dan keluarga tempat dia bekerja.

"Sesungguhnya, hal ini merupakan perhambaan terikat, iaitu perhambaan zaman moden," kata Holly Allan, pengasas organisasi tidak bermotifkan keuntungan, Helpers for Domestic Helpers, seperti yang dipetik oleh Bloomberg. "Wujud berpuluh-puluh ribu orang golongan  berkenaan, yang bukan  hanya terpaksa  bekerja tanpa   gaji, tetapi juga tanpa hari rehat langsung.  Setiap orang percaya perkara itu adalah biasa.  Kami mempunyai beberapa orang pelanggan yang bekerja selama tiga tahun dan tidak pernah memperoleh  sebarang wang."


2 comments:

  1. bagi bukti yang kuat,jangan cakap je....ko buat berita kutip dari blog orang apa benda,.

    ReplyDelete
  2. Bingai tul laaa "AnonymousNovember 17, 2012 6:32 AM"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...