Artikel Popular

Saturday, November 24, 2012

Permainan Padang: Pengalaman di Nevada

SABTU, 24  November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH





Bagi Obama, beliau dikatakan mempunyai "sisik tuah," seperti yang dikatakan oleh Steve Forbes, atau "orang bernasib baik," menurut Daniel Klaidman.   Selain itu, pasukan kempen Obama, dengan Jim Messina sebagai pengurus kempen, menguasai data, angka, dan teknologi yang tidak dapat ditandingi oleh kempen Romney, yang membolehkan mereka dan sukarelawan mereka mendekati pengundi, termasuk pengundi muda, yang pada mulanya dikatakan meninggalkan Obama. 

Pastinya, kemenangan Obama adalah kerana kempennya menguasai permainan padang di negeri berayun yang dipandang ringan oleh kempen Romney.  Maisie Anderson yang menulis dalam The Guardian dua hari lalu, menceritakan pengalamannya bersama-sama kempen Obama dalam permainan padang di Nevada. 

Walaupun permainan padang kempen banyak diperkatakan baik sebelum mahupun selepas pilihan raya, hanya Maisie menyatakan asal usulnya:  dibina pada pemerintahan bertiga yang tidak dihentikan, iaitu kerja keras otak, kepercayaan, dan degil.  "Barack Obama dan Jim Messina," tulis Maisie, "memulakan kerjaya mereka sebagai penganjur komuniti, dan komitmen tulen mereka terhadap kempen di peringkat akar umbi jelas ketara dari segi struktur dan etos organisasi."

Banyak staf, jelas Maisie, adalah boleh dijangkakan muda, diberikan kontrak jangka pendek, dibayar murah, dan tahap tenaga yang diperlukan.  Kriteria untuk kelangsungan kempen ini termasuk keupayaan bekerja 14 jam sehari selama berbulan-bulan dan mengendalikan iPhone pada kelajuan yang sangat luar biasa.  Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa dalam pasukannya, ada pengajar, Zumba yang berusi 48 tahun dan penulis skrip lakon layar, berusia 42 tahun, yang memastikan golongan remaja lain turun padang.

Di Nevada, seperti yang diberitahu oleh Maisie, wujud dua unsur penting bagi strategi padang, iaitu mendaftar pengundi baru dan "mendapatkan undi."  Dijalin menerusi blok bangunan ini ialah pengambilan staf, latihan, dan akhirnya kepimpinan sukarelawan tempatan.  "Di sesetengah negeri medan pertempuran," tulis beliau, "pujuk rayu pengundi memainkan peranan yang lebih penting berbanding dengan yang di Florida.  Kami tahu kami mempunyai penyokong Obama yang cukup di negeri ini.  Semua yang kami perlu lakukan adalah untuk memastikan mereka keluar mengundi."  Dalam hubungan ini, Maisie memberitahu, "percaya pada saya, hal ini bukan tugas mudah."

Komitmen kempen, seperti yang dinyatakan oleh Maisie, untuk melatih orang tempatan sebagai pemimpin sukarelawan adalah betul-betul tulen.  "Ketika saya tiba, telah wujud tenaga kerja sukarela yang padu bersama-sama kami dari pagi hingga ke malam, untuk memasukkan data, membuat panggilan telefon, melobi untuk mendapatkan undi, dan mengurus pejabat.  Sememangnya, orang tempatan ini yang menyuntik semangat kepada kempen, mengalu-alukan staf ke kota yang asing, dan menjaga kami apabila kami lupa menjaga diri kami sendiri."

Di Nevada, Maisie memberitahu pengalamannya sendiri, permainan padang terbukti bahawa mengadakan perbualan seorang dengan seorang dengan pengundi di pintu rumah mereka adalah setakat ini cara terbaik memenangi pilihan raya.  

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kunci sebenar untuk kejayaan ialah kami tidak sekadar mengetuk pintu sekali sahaja. Kami mengetuk pintu rumah penyokong Obama yang kami ketahui berulang-ulang kali, sehingga mereka tahu bila dan di mana mereka mengundi.  Dan kemudian, kami hanya terus mengetuk pintu sehingga mereka keluar mengundi.

Barangkali permainan padang yang diperkenalkan oleh kempen Obama dapat juga dimanfaatkan oleh parti-parti politik di Malaysia yang akan menghadapi Pilihan Raya Umum tidak berapa lagi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...