Artikel Popular

Monday, January 9, 2012

Persoalan "Gay"

ISNIN, 9   Januari 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Perlumbaan calon Presiden daripada Parti Republikan, seperti yang berlaku ketika debat di New Hampshire banyak berkisar pada persoalan "gay."  Mereka   menyatakan  semula penentangan terhadap perkahwinan "gay"  yang secara keseluruhan,  tidak menyetujui perkahwinan sejenis itu.


Dalam kalangan calon tersebut, Rick Santorum sering diacah atau  diasak  oleh perkahwinan "gay,"  dan pernah dipersoalkan oleh Michael Tomasky:  "Rick Santorum mempunyai detik yang baik apabila beliau berkata beliau menyanyangi anak lelakinya, bahkan jika dia "gay."  Akan tetapi, bahas Tomasky, "tidak jelas, sama ada  sesiapa sahaja akan mempercayai Santorum." Santorum dikatakan menghadapi kepanasan daripada para pengundi minggu lalu tentang perkahwinan "gay."  Pada Jumaat lalu, beliau berkata bahawa bahkan bapa yang "dipenjarakan dan meninggalkan" keluarganya adalah baik untuk anak berbanding dengan dua ibu bapa "gay."  


Santorum dilaporkan bergaduh dengan para pengundi  berhubung dengan perkahwinan "gay" dan insurans kesihatan.  Santorum yang mendapat sokongan padu daripada mubaligh Kristian,   namun di sekitar New Hampshire, perkahwinan sejenis mengekori beliau. di Manchester, New Hampshire, beliau bertikam lidah dengan pelajar kolej tentang perkahwinan sejenis, selepas beliau menyamakan antara hubungan sama jenis dengan poligami.


Sementara Mitt Romney yang memenangi Kokus Iowa dan kini dianggap calon pilihan ramai Republikan dalam kempen Presiden,  pada Ahad lalu menafikan lembar iklan yang mendakwa beliau menyokong "hak sama" untuk warganegara  "gay" dan telah lama dilaporkan diedarkan oleh Republikan Massachusetts ketika beliau berkempen untuk jawatan gabenor pada tahun 2002.


Meskipun debat Republikan pada hari Ahad lalu hanya meletup-letup tanpa pengubah permainan, persoalan "gay" tetap mewarnai kempen Presiden.  Boleh dikatakan   perkahwinan sejenis dan perkahwinan sejenis menjadi tumpuan kempen di New Hampshire.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...