Artikel Popular

Tuesday, January 17, 2012

Dapatkah Kerajaan Menjadikan Rakyat Gembira?

SELASA,  17 Januari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Antara kelemahan ukuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sering diperkatakan ialah tidak mengambil kira sumbangan suri rumah kerana perkhidmatan mereka tidak diupah,  dan KDNK juga tidak mengukur kegembiraan masyarakat dalam sesebuah ekonomi. Selain pertumbuhan yang pesat dan kekayaan dalam sesebuah ekonomi, faktor kegembiraan juga sepatutnya diambil kira.

Dalam The Telegraph semalam, Ruth Porter membangkitkan polemik kemungkinan kerajaan menjadikan rakyat gembira:  idea  bahawa kerajaan dapat dan sepatutnya mengkaji kita untuk mencari penyelesaian bagaimana menjadikan kita gembira.

Beliau merujuk kajian yang diterbitkan oleh The Institute of Economic Affairs tentang ekonomi kesejahteraan, yang antaranya menyatakan bahawa di seluruh dunia, memang jelas bahawa masyarakat yang kaya ialah masyarakat yang gembira, dan luar biasa, iaitu hubungan yang sedikit antara kegembiraan dengan ketidaksamaan.  


Berhubung dengan adakah ketidaksamaan menjadi persoalan dalam masyarakat kaya, Colin Crough membahaskannya dengan cukup menarik. 

Selain itu, kajian tersebut menunjukkan hubungan yang jelas antara negara kecil dengan kegembiraan.  Menakjubkan, apabila kerajaan banyak berbelanja, tahap kegembiraan orang ramai merosot.  Kajian menunjukkan bahawa "peningkatan perbelanjaan kerajaan sebanyak kira-kira satu pertiga akan menyebabkan pengurangan langsung dalam kegembiraan kira-kira lima hingga enam peratus.

Seterusnya, kajian itu menunjukkan pengangguran merupakan satu pemacu utama ketakgembiraan.  Hal ini mempunyai implikasi yang besar terhadap peraturan pasaran buruh, iaitu dasar, seperti masa kerja fleksibel, upah  minimum nasional, dan pemecatan tidak adil boleh menyekat orang ramai daripada bekerja.  Tambah Ruth Porter, "usaha (David) Cameron untuk menggalakkan 'kesejahteraan tempat kerja' mungkin melemahkan kesejahteraan dengan serius jika usaha itu membawa kepada pengangguran yang tinggi."

Anehnya, tegas beliau, seolah-olahnya jika kerajaan mahu membantu kita gembira, perkara terbaik yang mereka dapat lakukan ialah mengurangkan campur tangan mereka dalam kehidupan kita, membenarkan kita menyimpan lebih banyak pendapatan, manakala kurang berbelanja wang kita untuk mereka sendiri dan prihatin tentang diri mereka sendiri dengan ekonomi dan kurang bertanya kita soalan tentang bagaimana perasaan kita.

Berdasarkan kajian yang dirujuk oleh Porter itu, nyata bahawa wang menentukan kegembiraan. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...