Artikel Popular

Friday, January 6, 2012

Kadar Pengangguran di Amerika Syarikat 8.5 Peratus

JUMAAT,  6  Januari 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kadar pengangguran di Amerika Syarikat pada Disember lalu, seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, Los Angeles Times, The Washington Post,  The Wall Street Journal,  Time,    dan The Daily Beast, jatuh kepada 8.5 peratus, kadar terendah dalam masa hampir tiga tahun, iaitu sejak Februari 2009.  Dengan penurunan kadar pengangguran ini, memberikan rangsangan ekonomi pada akhir tahun 2011.  Jabatan Buruh Amerika Syarikat memaklumkan pada hari ini bahawa majikan menambah 200,000 pekerjaan bersih pada bulan lalu. 

Pasaran pekerjaan yang lebih baik merupakan tanda positif untuk Presiden Barack Obama yang terpaksa  menghadapi pengundi dengan kadar pengangguran yang tinggi jika dibandingkan dengan mana-mana Presiden sejak Perang Dunia Kedua.  Pengangguran ialah 7.8 peratus ketika beliau memegang jawatan Presiden pada Januari 2009. 

Untuk seluruh tahun 2011, ekonomi negara itu menambah 1.6 juta pekerjaan, lebih baik daripada 940,000 yang ditambah pada tahun 2010.  Kadar pengangguran secara purata ialah 8.9 peratus pada tahun 2011,  jatuh daripada 9.6 peratus pada tahun sebelumnya.  "Kadar pengangguran ini,"  hujah Jared Bernstein, "menujukkan penurunan perlahan, tetapi trend tetap."


 Secara kebetulan, kadar pengangguran yang berkurangan ini berlaku ketika Parti Republikan sibuk dengan kokus dalam proses untuk memilih  calon untuk Pilihan Raya Presiden 2012.  Selepas Iowa, kokus seterusnya di New Hampshire

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...