Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kebangkitan golongan Ortodoks di Israel dana pengaruh mereka yang semakin berkembang mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini, seperti oleh Dan Ephron dan Peter Beinart - keduanya dalam The Daily Beast, dan Catrina Stewart dalam The Independent.
Dalam kempen pemilihan calon Presiden untuk Parti Republikan, golongan agama memperlihatkan kehadiran mereka, misalnya mubaligh Kristian menyokong Rick Santorum. Bahkan, Pilihan Raya Presiden tahun 2012, dijangkakan menyaksikan perpecahan agama yang sangat besar.
Di Amerika Syarikat, organisasi agama didapati memainkan peranan yang signifikan dalam mempengaruhi dasar negara. Selain itu, isu kesihatan dan pengguguran kandungan mencetuskan pertelagahan antara Pentadbiran Obama dengan kumpulan Katolik.
Pada 17 November tahun lalu, Pew Global Attitudes Project memaklumkan dapatan kajian, antaranya berhubung dengan agama dan jati diri di Amerika Syarikat. Rakyat Amerika membezakan diri mereka daripada Eropah Barat berhubung dengan pandangan tentang pentingnya agama. Separuh orang Amerika menganggap agama sangat penting dalam kehidupan mereka; kurang daripada satu perempat di Sepanyol (22 peratus), Jerman (21 peratus), Britain (17 peratus), dan Perancis (13 peratus) berkongsi pandangan ini.
Tambahan pula, orang Amerika jauh lebih cenderung berbanding dengan orang Eropah Barat untuk mengatakan memang perlu untuk mempercayai Tuhan supaya hidup bermoral dan mempunyai nilai baik; 53 peratus berkata demikian di Amerika Syarikat, berbanding dengan hanya satu pertiga di Jerman, 20 peratus di Britain, dan 19 peratus di Sepanyol, dan 15 peratus di Perancis.
Orang Kristian Amerika besar kemungkinannya berbanding dengan orang Kristian d Eropah Barat, memikirkan diri mereka pertama dari segi agama mereka berbanding dengan bangsa mereka; 46 peratus orang Kristian di Amerika Syarikat melihat diri mereka terutamanya sebagai orang Kristian dan bilangan yang sama menganggap diri mereka orang Amerika lebih dahulu. Sebaliknya, majoriti orang Kristian di Perancis (90 peratus), Jerman (70 peratus), Britain (63 peratus), dan Sepanyol (53 peratus) mengenali diri mereka terutamanya dengan bangsa berbanding dengan agama mereka.
Di Britain, Perancis, dan Jerman, lebih banyak orang Kristian kini melihat diri mereka dari segi bangsa berbanding dengan keadaan lima tahun lalu apabila pengenalpastian nasional telah pun merebak ke negara berkenaan. Perubahan ini, terutamanya ketara di Jerman, dengan peratusan yang melihatan diri mereka lebih dahulu sebagai orang Jerman meningkat 11 titik peratusan, daripada 59 peratus pada tahun 2006.
Menurut kajian itu lagi, dalam kalangan orang Kristian di Amerika Syarikat, orang Kristian kulit putih, terutamanya cenderung untuk mengenali diri mereka lebih dahulu dengan kepercayaan mereka; 70 peratus dalam kumpulan ini melihat diri mereka lebih dahulu sebagai orang Kristian berbanding dengan sebagai orang Amerika, manakala 22 peratus berkata mereka adalah terutamanya orang Amerika. Dalam kalangan orang Kristian Amerika yang lain, mereka lebih mengenali diri mereka dengan bangsa (55 peratus) berbanding dengan agama mereka (38 peratus).
Di Malaysia, wujud kecenderungan untuk membahaskan kewujudan bangsa Malaysia yang lebih berbau kepentingan politik. Perbahasan itu lebih mendesak orang Melayu supaya mereka mencairkan Melayu mereka, dan menerima Malaysia sebagai bangsa; padahal, "bangsa Malaysia," baik dari segi politik mahupun sosiologi tidak wujud sama sekali - sekadar gembar-gembur orang politik. Selain itu, dalam kalangan orang Melayu-Islam mereka seakan-akan diminta mengenali diri mereka dengan agama berbanding dengan bangsa: Islam lawan Melayu.
Di mana-mana sahaja menyaksikan kebangkitan agama. Orang mula cenderung mengenali diri mereka dari segi agama yang mereka anuti. Adakah agama menjadikan dunia ini aman? - memetik Steven Pinker yang pernah bertanya adakah agama menjadikan dunia kurang selamat?

No comments:
Post a Comment