Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sejarawan Eric Hobsbawm pernah menulis bahawa sosialisme gagal, dan kini, kapitalisme muflis. "Tahun baru, krisis sama," tulis George Soros. Walaupun beliau tidak mengatakan krisis kapitalisme, sebaliknya krisis zon euro, tetapi seseorang dapat mencungkil akar umbi krisis yang melanda zon itu, yang pastinya tidak terlepas daripada krisis kapitalisme.
Sejak berlaku krisis kewangan lebih tiga tahun lalu, kepincangan atau ketempangan kapitalisme sering diperkatakan. Bahkan, kapitalisme dianggap berlawan dengan demokrasi, seperti yang berlaku di zon euro, dan perlawanan antara kedua-duanya diperhatikan dengan cukup mendalam oleh John Molyneux dalam Socialist Review.
Namun, ada yang beranggapan bahawa krisis ekonomi semasa bukannya krisis kapitalisme, sebaliknya krisis globalisasi. Clive Crook yang menulis dalam Bloomberg pada awal bulan in menafikan krisis kapitalisme, sebaliknya menegaskan krisis kepimpinan. Sambil menggasak puak kiri, Crook mempertahankan kemelesetan terburuk sejak tujuh dekad tidak memusnahkan atau bahkan mengganggu sokongan popular untuk kapitalisme yang sebenarnya wujud. Dalam erti kata, yang beliau maksudkan kapitalisme ekonomi campuran, berasaskan pasaran, pencarian untung, dan persaingan ditambah dengan campur tangan yang kuat oleh negara.
Namun, penafian bahawa tidak berlaku krisis kapitalisme, tidak lebih "pertahanan yang tidak dapat dipertahankan" atau sekadar "menegakkan benang basah." Hal ini demikian kerana Bloomberg Global Poll menunjukkan bahawa menurut para pelabur kapitalisme dalam krisis. Kebanyakan mereka bersetuju bahawa ketidaksamaan pendapatan merosakkan ekonomi dan kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menanganinya, iaitu mengambil berat idea protes "Menduduki" di seluruh dunia.
"Kapitalisme adalah dalam krisis kerana wujud ketidaksamaan yang besar dan meluas dalam agihan pendapatan/kekayaan di ekonomi Barat, dan sama-sama-sama memecahbelahkan ketidaksamaan generasi," kata peserta tinjauan pendapat itu, Michael Derks. "Hal ini memerlukan campur tangan kerajaan secara besar-besaran kerana ekonomi tidak dapat bertahan jika kerajaan tidak melabur untuk generasi yang lebih muda."
Menjelang mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos itu, BBC melaporkan bahawa debat kapitalisme menjadi agenda mesyuarat itu dengan memetik pengasas WEF, Klaus Schwab yang berkata: "Kapitalisme dalam bentuk sekarang tidak lagi sesuai dengan dunia sekeliling kita."
Davos, seperti yang dilaporkan bermula dengan debat yang bersemangat tentang masa depan kapitalisme. Adakah kapitalisme mempunyai masa depan? Adakah kapitalisme sesuai untuk abad ke-21? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh lebih 2600 orang terkaya dan paling berkuasa di dunia yang berkumpul di Davos pada tahun ini. Dengan persoalan yang sama, Time dalam debat yang dianjurkannya di Davos, membangkitkan, "adakah kapitalisme berfungsi pada abad ke-21?"
Apabila berlaku kemelesetan terburuk sejak Kemelesetan Besar 1930-an dan memerlukan masa yang lama untuk memulihkannya, pastinya perhatian tertumpu pada kapitalisme. Tegasnya, kapitalisme dihadapkan ke muka pengadilan.
Dan, memetik Larry Elliot, "Davos menjadi sanatorium untuk mereka yang menafikan ketenatan kapitalisme."

No comments:
Post a Comment