Artikel Popular

Thursday, January 12, 2012

"Jamban" Rumah Putih Meletup

KHAMIS, 12  Januari 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Baru-baru ini,  Bill Daley  mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan  sebagai Ketua Turus Rumah Putih setelah  berkhidmat hanya setahun.  Sebelum ini, Ketua Turus pertama ketika  Barack  Obama menjadi Presiden, iaitu Rahm Emanuel, meletakkan jawatan.    Perletakan jawatan Emanuel yang dikatakan berpunca    beliau  tidak sebulu dengan Wanita Pertama, Michelle Obama, didedahkan  oleh Jodi Kantor dalam bukunya yang kontrovesi,  The Obamas yang banyak diperkatakan


Buku Kantor itu telah pun diulas oleh David Remnick dalam The New Yorker bahawa kehidupan pasangan Obama itu tidak seindah yang mereka tayangkan kepada orang ramai. Dalam sebuah buku yang baru diterbitkan   di Perancis dinyatakan bahawa Michelle memberitahu Carla Bruni, isteri Presiden Perancis bahawa beliau "tidak tahan" hidup di Rumah Putih, yang beliau ibaratkan "neraka."

Robert Gibbs, Setiausaha Akhbar ketika itu, yang lama berkhidmat dengan Barack Obama, setelah mengetahui perkara, terpaksa bertindak membetulkannya.  Malangnya, beliau dimaklumkan bahawa Michelle "tidak puas hati" dengan tindakan Gibbs itu.  

Kebanyakan orang Amerika menyanjungi Michelle Obama dan terdorong oleh kepintaran terus terang dan kesungguhannya membesarkan dua anak perempuan yang normal dalam akuarium bayangan Rumah Putih, tetapi staf takut akan beliau.  Staf Rumah Putih selalu berasa takut akan Wanita Pertama.

Di hadapan orang ramai, pasangan Obama ini  senyum dan melambai-lambaikan tangan, tetapi mereka sebenarnya menghadapi masalah perkahwinan sedekad lalu apabila Obama menceburi politik, manakala Michelle menjugel kerjaya, anak-anak, dan keluarga. 

Michelle  mendidik anaknya, Sasha dan Malia dengan penuh keibuan dan disiplin - mendesak mereka menyiapkan kerja rumah satu hari lebih awal. Masuk bab politik, beliau mendesak staf mentakrifkan projek dengan jelas, tidak ada "sekala," tetapi akhirnya tidak menggunakan masa lebih dua hari dalam seminggu untuk projek ini.

Untuk pasangan Obama ini, menjadi Afrika-Amerika pertama menduduki Rumah Putih, pastinya melibatkan tekanan yang luar biasa, bukan sahaja dari segi keselamatan, tetapi juga dari segi politik perkauman.  Apabila Vogue menjadi rencana utama, Jodi Kantor melaporkan, wujud pendirian yang berbelah bahagi dalam kalangan staf.  Dua pembantu kulit putih tidak bersetuju dengan alasan jika Wanita Pertama muncul dalam Vogue, tidak dapat tidak, berpakaian yang mahal-mahal, akan melihatkan tidak peka apabila banyak orang hidup dalam kesusahan.  Dua penasihat  kulit hitam, iaitu Valerie Jarrett dan Desiree Rogers,  berhujah sebaliknya, munculnya Wanita Pertama yang terpelajar dan menjadi daya tarikan pada kulit majalah itu, boleh menjadi sumber aspirasi, dan mengurangkan imej negatif yang terlalu banyak. 

Buku The Obamas meninjau sepintas lalu Wanita Pertama dan perkahwinan Presiden sebelum ini.  Sementara Hidden Power oleh Kati Marton mendedahkan kisah Wanita Pertama Rumah Putih pada abad ke-20:  Edith Bolling Galt (isteri Woodrow Wilson),  Eleanor Roosevelt, Jacqueline Kennedy, Pat Nixon, Betty Ford, Nancy Reagan,  Hillary Clinton, dan Laura Bush.

Kerry Luft yang mengulas buku ini dalam Los Angeles Times menyatakan bahawa buku baru Jodi Kantor itu mendedahkan cerita pasangan pertama tiba di Rumah Putih dan susah payah mereka seterusnya untuk menyesuaikan diri dengan Washington dan caranya ketika menghadapi jangkaan yang mungkin disamakan dengan hari awal Camelot John F. Kennedy.

Kantor melaporkan minggu pertama pasangan Obama di ibu negara merupakan peringatan rasa sangat gembira yang kelihatan terlalu jauh dari hari ini, kerana Presiden terus bergelut dengan ekonomi yang tidak mesra dan langkah buntu akibat penentangan Republikan terhadap kesemua setiap aspek agendanya. 

Kantor, bahas Luft, tidak cuba melaporkan sejarah penuh tahun pertama Pentadbiran Obama, juga membiarkan beberapa perkembangan utama, seperti Pemberontakan Arab dan penggulingan Hosni Mubarak, kerana Kantor memberikan tumpuan terhadap isu yang melibatkan kedua-duanya, iaitu Presiden dan Wanita Pertama, terutamanya keinginan terhadap perundangan penjagaan kesihatan komprehensif dan anjakan nasib politik mereka.

Michelle Obama dikatakan kurang minat terhadap politik dan lebih berminat tinggal di Chicago berbanding dengan Washington, untuk membesarkan dan mendidik dua orang anak perempuannya. Dalam responsnya terhadap buku itu, yang dipetik antaranya oleh The Guardian, The Washington Post, dan The Huffington Post,  berkata ini hanya usaha terbaharu untuk menggambarkan beliau "sesetengah jenis wanita kulit hitam yang marah."

Buku tersebut menyalahkan "rasa kekecewaan dan tidak terjamin yang mendalam" Michelle kerana sering tegang dengan orang kepercayaan Presiden Obama, dan memperincikan persengketaan Wanita Pertama itu dengan Rahm Emanuel dan Robert Gibbs.

Namun, dalam wawancara dengan CBS News, Michelle berkata beliau dan Emanuel "tidak pernah bertengkar."  "Saya tidak pernah berbincang dengan staf suami saya.  Saya tidak  menyertai mesyuarat.  Staf kami bekerja bersama-sama benar-benar elok."  Untuk Gibbs, Michelle menjelaskan "dia sahabat baik."

Wanita Pertama atau kalau di Malaysia "kabinet dapur" sentiasa diperhatikan: kelakuan, pakaian, beg tangan (mungkin seluar dalam dan coli), cara pergaulan, dan banyak lagi. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...