Artikel Popular

Saturday, January 7, 2012

Adegan Ranjang Menyihatkan Badan?

AHAD,  8  Januari 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dalam dua tiga hari ini, saya meluangkan masa untuk membaca semula makalah daripada pelbagai sumber, seperti akhbar, majalah, dan jurnal yang meliputi berbagai-bagai aspek, seperti ekonomi, hal-ehwal antarabangsa, politik, media, dan sebagainya,  yang saya "poskan" melalui Facebook dan Twitter.  

Dalam membaca makalah berkenaan, saya ternampak tulisan Christie Aschwanden dalam  Slate, "Sexual Healing" dengan membangkitkan persoalan adakah mengadakan hubungan asmara menjadikan anda sihat?

"Jika anda tidak mengetahui bahawa seks elok untuk kesihatan anda," tulis Christie, "anda tidak memberikan perhatian.  Bergantung pada apakah tajuk berita yang anda percaya, seks mempunyai enam atau lapan atau 10 atau 16 manfaat kesihatan yang berbeza."

Beliau yang merujuk penyelidikan saintifik yang menjaja cerita seperti ini, bahawa hubungan seks dapat membakar kalori, memotong stres, meredakan kemurungan, meredakan kesakitan, mengurangkan risiko kanser dan serangan jantung, mengurangkan risiko anda kematian, dan bahkan mengurangkan kekerapan kilasan panas dalam kalangan wanita yang putus haid. 

Kertas kajian Stuart Brody, ahli psikologi di University of the West of Scotland, menjadi rujukan Christie, yang merumuskan penile-vaginal intercourse (PVI) memberikan rangsangan fisiologi yang sangat kuat. Brody menyokong kajiannya dengan data daripada kajian tahun 2009 yang melibatkan hampir 3000 orang Sweden, iaitu orang yang melaporkan kekerapan yang tinggi PVI juga dilaporkan tahap tinggi kepuasan seksual, kesihatan, dan kesejahteraan. 

Walau bagaimanapun,  Christie mengingatkan bahawa pengonanian mungkin menyebabkan anda berasa puas, tetapi perbuatan ini tidak membantu anda menghilangkan rasa kecut perut. Beliau sekali memetik kajian Brody yang  menunjukkan bahawa orang yang dilaporkan melakukan pengonanian secara kerap memperoleh markah yang rendah dari segi kesihatan dan kesejahteraan berbanding dengan mereka yang terlibat dalam PVI secara kerap.  Kajian tahun 2004 tentang wanita pertengahan umur mendapati bahawa mereka yang sengsara akibat tekanan lebih kerap melakukan pengonanian dan dilaporkan kurang berasa puas dalam pengalaman seksual berbanding dengan wanita tanpa kemurungan. 

Jika anda ingin mahu memaksimumkan kesihatan seksual anda, atau cetusan kesihatan dari segi seksual  Christie memberikan ringkasannya:  terlibat seberapa mungkin PVI, menggunakan kedudukan  lelaki di atas di dalam bilik tidur di rumah tanpa menggunakan kondom. 

Dalam Slate juga menemui tulisan yang pernah saya poskan dalam Facebook, iaitu tentang poligami adalah baik untuk wanita apabila di sesebuah tempat, bilangan lelaki kurang jika dibandingkan dengan bilangan wanita.  Dalam The Daily Beast saya menemui makalah tentang tapak alat seks agama yang berikrar untuk menyelamatkan perkahwinan yang ditulis oleh Allison Yarrow yang turut dirujuk oleh Slate.

Adakah lelaki benar-benar memikirkan seks lebih kerap jika dibandingkan dengan wanita?  Makalah yang diitulis oleh J. Bryan Lowder juga dalam Slate.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...