Artikel Popular

Wednesday, January 25, 2012

Obama Memerangi Ketidaksamaan

RABU,  25 Januari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Presiden Barack Obama dalam ucapan  State of the Union yang berlangsung pada hari ini (waktu Malaysia) menegaskan bahawa setiap rakyat Amerika, termasuk golongan kaya mesti bermain mengikut peraturan yang sama.  Beliau berjanji untuk kesaksamaan bagi rakyat Amerika

Beliau menegaskan untuk selagi beliau menjadi Presiden, beliau akan bekerja dengan sesiapa sahaja dalam Kongres untuk membina rentak tersebut sambil mengingatkan "Saya berhasrat untuk menentang halangan dengan tindakan, dan saya akan menentang mana-mana usaha untuk kembali kepada dasar yang sama yang menyebabkan berlakunya krisis ekonomi ini." 

Dalam ucapan State of the Union ketiga beliau, Obama merangka pelan induk kejayaan ekonomi berasaskan empat komponen:  pembuatan Amerika, tenaga Amerika, kemahiran untuk pekerja Amerika, pembaharuan nilai Amerika.

Ucapan beliau, yang disampaikan di tengah-tengah  musim kempen pemilihan Presiden yang semakin rancak, menyampaikan mesej yang kuat tentang perlunya kesamaan sosial dan ekonomi dan mengemukakan sekepal idea dasar baru yang menyasarkan pembaharuan cukai,   pengajian yang mampu ditanggung oleh pelajar, dan tenaga bersih.  

Secara keseluruhannya, ucapan beliau tertumpu pada cadangan untuk merangsang ekonomi dan memastikan perlindungan untuk kelas menengah.  Presiden Obama memberikan amaran bahawa ketidaksamaan ekonomi mengancam golongan kelas menengah,  menjadikan kelas menengah agenda utamanya.   Namun begitu, dalam ucapan yang berbau politik itu, Obama menafikan bahawa beliau pahlawan kelas

Dalam ucapan itu, Obama mencampurkan politik dan dasar, manakala Republikan mendakwa bahawa Obama cuba memecahbelahkan mereka.  Dengan menyentuh ketidaksamaan, Obama dikatakan diilhamkan oleh gerakan Menduduki menjadikan  populisme ekonomi baru beliau suatu kemungkinan. 

"Ucapan tersebut," ulas Doyle McManus dalam Los Angeles Times, "ialah ucapan kolar biru, bertujuan terutamanya untuk pengundi yang tidak tetap yang Obama  sangat perlu tarik, iaitu pekerja kelas menengah dan pekerja berpendapatan rendah yang masih menerima akibat kemelesetan. Cabaran beliau adalah untuk meyakinkan mereka bahawa dari segi dasar ekonomi, beliau bersama-sama mereka."



Dengan membangkitkan ketidaksamaan itu, adakah Presiden Barack Obama pahlawan kelas?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...