Artikel Popular

Wednesday, January 25, 2012

IMF Potong Unjuran Pertumbuhan Global

RABU,  25  Januari 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dalam World Economic Outlook terhabarunya, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memotong   unjuran pertumbuhan kebanyakan negara utama pada tahun 2012 dan mendesak kerajaan supaya menyelaraskan "rentak" langkah jimat-cermat mereka demi mengelakkan pemulihan ekonomi tergelincir.

IMF menurunkan kadar pertumbuhan dunia daripada 4.1 peratus kepada 3.3 peratus, menjangkakan  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) zon euro jatuh 0.5 peratus tahun ini.  Sementara United Kingdom tumbuh sebanyak 0.6 peratus, jatuh dengan ketara daripada 1.6 peratus, unjuran sebelum ini.

Dalam unjurannya itu, IMF memaklumkan bahawa kebanyakan ekonomi maju mengelakkan daripada terjebak semula ke dalam kemelesetan, manakala aktiviti ekonomi di  ekonomi sedang muncul dan membangun menjadi perlahan. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...