Artikel Popular

Saturday, January 14, 2012

Indahnya Bahasa

SABTU,  14  Januari 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kerajaan Amerika Syarikat dilaporkan akan mengubah petikan yang terukir di Martin Luther King Jr.  National Memorial berikutan berbulan-bulan aduan bahawa kenyataan itu diedit terkeluar daripada teks asal.  Petikan pada bahagian kiri memorial, yang dibuka pada Ogos tahun lalu berhampiran National  Mall di Washington, berbunyi:  "I was drum major for justice, peace and rightenouness."

Mereka yang mengadu mengatakan bahawa petikan itu  menjadikan King kelihatan menganggap diri sendiri yang betul atau angkuh, menegaskan bahawa apa yang King sebenarnya katakan di Atlanta pada 4 Februari 1968 ialah:


"If you want to say that I was a drum major, say that I was a drum major for justice.  Say that I was a drum major for peace.  I was a drum major for righteousness.  And all of the other shallow things will not matter."


Dalam Washington Post hari ini Rachel Manteuffel menulis: "Lima bulan lalu, dalam ruang ini, saya menulis bahawa sesuatu yang silap dengan Martin Luther King Jr. National Memorial.  Petikan yang terukir pada bahagian kiri monumen dipetik dengan teruk bahawa kenyataan sederhana King berubah menjadi cakap besar."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...