Artikel Popular

Tuesday, January 24, 2012

Ke Mana Minyak Iran Mengalir?

SELASA,  24  Januari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kesatuan Eropah membuat keputusan untuk mengenakan sekatan terhadap pengaliran minyak Iran. Keputusan ini dibuat berikutan pertikaian yang berpanjangan antara Barat dengan Iran berhubung dengan program nuklear Teheran. Beberapa negara anggota Kesatuan Eropah dikatakan berbelah bahagi dengan keputusan itu.  Misalnya, Greece yang bergelut dengan keruntuhan kewangan, mengimport banyak minyak Iran pada syarat yang sangat menguntungkan negara itu.  Dijangkakan kesan sekatan itu hanya mungkin mengubah rejim dan bukannya menghentikan program nuklear.

Sekatan minyak Iran mencetuskan perang kata antara Teheran dengan Washington. Sementara Rusia melahirkan "rasa sedih dan mengingatkan bahaya" sekatan yang dikenakan terhadap Iran yang merupakan negara kedua terbesar selepas Arab Saudi dari segi eksport minyak.  

Ketika pertikaian antara Teheran dengan Washington terus memuncak dan Kesatuan Eropah pula bersiap sedia untuk bertindak terhadap Iran, Michael T. Klare mengingatkan perang tenaga yang mungkin tercetus pada tahun ini. Dalam makalah yang lain, beliau menulis tentang perairan yang bahaya dengan menyenaraikan tiga pusat panas potensi konflik pada era geotenaga, salah  satu daripadanya ialah Selat Hormuz. 

Fareed Zakaria yang menulis dalam blognya menegaskan bahawa sekatan Kesatuan Eropah itu akan menjejaskan Iran.  Kesatuan Eropah merupakan pengimport minyak terbesar Iran, iaitu 600,000 tong sehari (26.3 peratus), diikuti oleh Jepun dan Korea Selatan 550,000 tong sehari (24.1 peratus).  China juga merupakan pengimport terbesar, dengan jumlahnya sama dengan Jepun dan Korea Selatan. 

Beliau menyebut makalah dalam The Wall Street Journal berhubung dengan carta yang beliau kemukakan yang dipetik di bawah ini. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...