Artikel Popular

Thursday, March 8, 2012

Tidak Ada "Tatabahasa yang Betul" dalam Bahasa Inggeris?

KHAMIS, 8  Mac 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Michael Rosen yang menulis dalam The Guardian menafikan bahawa wujud "tatabahasa yang betul" dalam bahasa Inggeris. Hujah beliau, meskipun ahli bahasa bersetuju bahawa bahasa mempunyai tatabahasa, apa yang mereka tidak boleh bersetuju adalah bagaimana untuk menjelaskannya.  Walaupun wujud persetujuan minimum bahawa bahasa ialah sistem yang berfungsi dari seg bahagian dan fungsii hubungan antara manusia, tidak wujud persetujuan universal bagaimana bahagian dan fungsi sepatutnya dianalisis dan dijelaskan. 

Bahas Rosen lagi, timbul persoalan, sama ada kita perlu mengetahui tatabahasa supaya "betul," atau supaya dapat menjelaskan apakah yang orang kata atau tulis. 

Rosen menafikan kewujudan "tatabahasa yang betul" itu sebagai respons terhadap langkah Martin Gwynne yang turun ke kedai-kedai di Oxford Street untuk mengajar bahasa Inggeris yang betul.  Seperti yang dilaporkan dalam The Telegraph, Gwynne, ahli perniagaan Old Etonian yang telah bersara kemudian beralih kepada pekerjaan guru, memberikan tunjuk ajar tatabahasa kepada pembeli-belah di situ. Beliau juga menjual panduan yang berguna untuk perkara itu, iatu Gwynne's Grammar


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...