Artikel Popular

Tuesday, March 13, 2012

Daya Saing Kota

RABU,  14  Mac 2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH


Kota,  seperti yang diperkatakan dalam kursus sosiologi di peringkat sarjana muda,  sering menjadi daya tarikan,  yang disebut secara simbolik "tarikan lampu neon." Kepadatan atau kesesakan penduduk kota, khususnya di negara Dunia Ketiga,  sebahagian besarnya adalah kerana penghijrahan dari desa ke bandar. Sementara kota di negara maju pula terpaksa menampung penghijrahan penduduk dari negara asing. Sama ada melalui penghijrahan desa-bandar ataupun penghijrahan antara negara, kota sentiasa menjadi daya tarikan manusia. 

Di peringkat global, seperti yang ditunjukkan oleh carta harian The Economist, menyenaraikan daya saing kota yang paling utama di seluruh dunia dengan menggunakan pemboleh ubaha ekonomi, demografi, dan sosial.  Menduduki senarai lima teratas ialah New York, London, Singapura, Hong Kong, dan Paris. 

Sebanyak 120 kota dalam indeks yang menjadi kediaman 750 juta orang dan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS$20.2 trillion, iaitu 29 peratus daripada nilai KDNK dunia. Penumpuan tinggi penduduk mahir, infrastruktur, dan institusi bermakna bahawa kedudukan teratas dalam indeks dikuasai oleh Amerika dan Eropah Barat, dengan 24 kota daripada 30 kota teratas.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...