Artikel Popular

Sunday, March 4, 2012

Kelas Menengah Menentang Putin

AHAD, 4 Mac 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Hari ini berlangsung Pilihan Raya Presiden Rusia.  Pada  tahun lalu, Perdana Menteri Vladimir Putin mengumumkan untuk kembali kepada jawatan Presiden.  Pengumuman itu  disambut dengan protes terhadap Kremlin yang kini diperhatikan tidak boleh ketawa. Demonstrasi besar-besaran terhadap pemerintahan Putin menandakan banyak anjakan penting dalam politik dan kehidupan sivik di Rusia, termasuk kembalinya satira politik. 

Hari-hari Putin akan berakhir.  "Vladimir Putin, Czar yang sedang jatuh," isytihar Jeffrey Tayler. Perubahan politik sebenar di Rusia tidak dapat dielakkan. Gambaran keseluruhan ialah Putin sudah tidak ada tempat lagi di negaranya:  Putinisme melihat berakhirnya Putin. Kalaupun Putin menang, tetapi kestabilan politik Rusia akan berakhir.   Beliau kini, bertarung dengan revolusi borjuis. Playboy hartawan, iaitu Mikhail Prokhorov, seperti yang diperhatikan oleh Anna Nemtsova,   mengancam kedudukannya.  

Namun, Putin tetap yakin  menang, dan beliau nampaknya begitu yakin untuk menguasai Kremlin, meskipun kemenangan itu disambut dengan protes besar-besaran. Empat hari sebelum pilihan raya,  saluran televisyen pro-Kremlin  memberikan amaran tentang apa yang akan terjadi jika kehidupan tanpa Putin. Banyak orang akan mengundi Putin bukan hanya kerana mereka fikir bahawa beliau ditakdir pemenang, tetapi juga kerana tidak ada orang lain untun diundi.  "Kepulangan Putin," tulis Fareed Zakaria yang nampaknya tidak selesa akan kemenangan Putin dengan mendakwa bahawa "beliau akan memerintah untuk tempoh yang lebih lama, mengatasi Stalin."   

"Apabila menyentuh masa depan politik Rusia,"  tulis Andrew C. Kuchins, "hanya jaminan ialah ketidakpastian.  Ya, pada hari Ahad, Vladimir Putin akan dipilih sebagai Presiden Rusia untuk penggal enam tahun, dengan majoriti undi yang selesa." Tambah beliau, "Ya, juga, sejumlah besar penunjuk perasaan, berkemungkinan lebih ratus ribu, akan turun di jalanan pada hari berikutnya untuk melancarkan protes. Apa yang berlaku selepas itu, sukar untuk diramalkan."

Putin kini ditentang oleh golongan kelas menangah.  Hujah Joshua Yaffa dalam Foreign Affairs, menyebabkan Putin yang menanti-nantikan Pilihan Raya Presiden Ahad ini, yang beliau pasti menang, tertanya-tanya:  Mengapa terlalu banyak orang ini, anggota kelas profesional yang berkembang di Rusia, berubah dengan menentang sistem yang benar-benar bertanggungjawab  menaikkan status mereka?

Di bawah pemerintah Putin, pertama sebagai Presiden, kemudian Perdana Menteri, dan kini, bercita-cita menjadi Presiden semula, negara itu mengalami transformasi ekonomi dan sosial yang mendalam, dengan satu kesan yang paling ketara ialah kewujudan kelas menengah Rusia sebenar, yang terdiri daripada golongan profesional bandar yang terpelajar di Moscow dan kota-kota lain di Rusia yang dihuni lebih satu juta orang.  Bahkan, kumpulan ini betul-betul merupakan kuasa yang mendorong di sebalik mood anti-Putin yang berakar umbi di Moscow dan banyak kota Rusia ialah ujian terhadap kedua-duanya, iaitu kejayaan dan kekecewaan era Putin:  Segmen besar penduduk Rusia yang kini memang terjamin dari segi kebendaan bimbang akan suara sivik mereka dan percaya bahawa keadaan lebih baik di bawah sistem yang lebih saksama jika dibandingkan dengan yang pernah diwujudkan oleh Putin. 

Tidak seperti  Pemberontakan Arab, bahas Yaffa, situasi di Rusia, pada hakikatnya berbeza:  Sebenarnya penduduk yang berumur dan stabil secara relatifnya jika tidak positif tinjauan makroekonomi, dan protorevolusioner mereka yang banyak kerugian jika orde politik negara dinyahstabilkan.  

Bahas Yaffa lagi, dalam masa satu atau dua tahun, kelas menengah Rusia ditinggalkan dalam keadaan agak memberontak. Mereka tidak mempercayai, bahkan bermusuhan terhadap negara dan kebanyakannya putus asa dengan kerajaan.  Sebaliknya, golongan kelas menengah ini sibuk dengan membina dunia alternatif mereka sendiri.  Mereka hanya memerlukan pencetus luaran untuk melahirkan perasaan tidak puasa hati yang terpendam.  Yang mereka nanti-nantikan itu muncul dalam bentuk dua peristiwa.  Pertama, Putin mengumumkan pada September lalu bahawa beliau, dan bukannya Dmitry Medvedev, ingin kembali menjadi Presiden.  Kedua, pilihan raya Parlimen pada Disember lalu yang dicemarkan oleh bukti yang sangat banyak bahawa berlaku penipuan untuk memihak kepada Parti Rusia Bersatu yang pro-Kremlin.

Carta harian The Economist, yang mengakui kepulangan Putin, tetapi mengingatkan hari-harinya semakin suntuk. "Apabila Putin berkuasa 12 tahun lalu, pengundi Rusia adalah secara relatifnya homogen dari segi pendapatan dan keperluan. Golongan kelas menengah adalah kira-kira 15 peratus penduduk, tetapi banyak berubah sepanjang dekad yang berselang. Golongan kaya dan kelas menengah berkembang, iaitu terdiri daripada 25 peratus penduduk dan hampir 40 peratus tenaga kerja."  Carta harian itu menunjukkan beberapa petunjuk meningkat dari segi bukan sahaja pendapatan, tetapi percutian, beli-belah, dan Internet.

Secara keseluruhannya, protes yang berlaku di Moscow dan beberapa kota lain di Rusia dikaitkan dengan kemunculan golongan kelas menengah.  Namun, Masha Gessen yang menulis dalam The Observer hari ini menjelaskan bahawa ini bukan sekadar kelas menengah Rusia dalam pemberontakan, tetapi ini merupakan gerakan massa sebenar. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...